[Terkini] Abg fendi mninggal,” Halmet dhempap batu dari bukit ketika ride ” (6Gmbr)

Raub : Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi m4ut selepas dihempap satu bongkah batu yang jatuh semasa berkonvoi di Kilometer 35.4, Jalan Tranum-Bukit Fraser yang menjadi laluan ‘jer4ngkap samar’ kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.25 tengah hari itu mengorbankan m4ngsa, Nor Eaffendi Mohamad Samsi, 51, yang berasal dari Ulu Tiram, Johor.

M4ngsa dikatakan menunggang motosikal bersama iste­ri­nya selain turut disertai lebih 20 penunggang motosikal lain dalam perjalanan menghala ke Bukit Fraser.

Dalam kejadian itu, topi ke­ledar yang dipakai m4ngsa retak akibat dihempap batu dan lelaki itu mengalami keceder4an p4rah iaitu keretakan pada tempurung kepala, Isteri Nor Eaffendi bagaimanapun tersel4mat.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, siasatan awal daripada isteri m4ngsa mendapati, semasa tiba di lokasi keja­dian, dia terdengar bunyi hentakan kuat.

Motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri tersebut terbabas ke kanan jalan menyebabkan mereka terjatuh.

Pemeriksaan terhadap m4yat mangsa mendapati ada pendarahan pada muka sementara topi keledar yang dipakai lelaki itu retak di bahagian atasnya, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Kama Azural, mayat Nor Eaffendi kemudian dihantar ke Hospital Raub di sini untuk dibedah siasat, Tambah beliau, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Bed4h siasat ke atas si mati mendapati ada kecederaan iaitu pendarahan pada otak dan tempurung kepalanya juga mengalami keretakan.

Jenazah diurusakan Hospital Raub, Isteri beliau mmaklumkan jenazah telah siap dikafankan dan dibawa ke kediaman mereka FELDA Sg Tiram untuk dikebumikan disana.

Kosmopada 6 Disember lalu melaporkan laluan dari Tranum ke Bukit Fraser sepanjang kira-kira 30 kilometer dianggap sebagai ‘jerangkap samar’ apabila terdapat lebih 60 runtuhan kecil dan besar di lereng bukit selain pokok tumbang.

Tinjauan mendapati keba­nyakan kawasan tanah runtuh itu hanya ditutup dengan plastik dan ada antaranya telah rosak selain terdapat batang pokok dan bongkah batu yang ‘terg4ntung’ menunggu masa untuk jatuh ke atas jalan.

Selain itu, terdapat kesan runtuhan tanah yang baharu berlaku dan pokok yang dipotong kerana merintang jalan.

Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd. Rasid Jaafar memaklumkan risiko kejadian tanah runtuh di laluan berbukit ke Bukit Fraser adalah tinggi berdasarkan kepada kecuraman kawasan berkenaan serta unsur tanah terluluhawa selain mendapan tanah runtuh di kawasan tersebut .

Kawasan Bukit Fraser turut terpalit dengan kawasan Zon Sesar (Gempa Bumi) Kuala Lumpur dari Bukit Tinggi sehingga ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. credit Kosmo.