[Terkini] Abbas le mas, ” Ketika ikuti kursus selaman di Pulau Perhentian” (5Gmbr)

Besut : Seorang usahawan ditemui m4ti lem4s dipercayai selepas melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perhentian, Besut hari ini.

M4yat Mohamad Abbas Shabki, 22, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ditemui terapung di perairan pulau peranginan itu pada pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian lemas itu pada pukul 1.30 petang.

Sebelum kejadian, m4ngsa dikatakan telah melakukan aktiviti penyelaman di kawasan Tokong Laut Pulau Perhentian.

M4yat m4ngsa telah ditemui terapung kira-kira 50 minit kemudian, katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, mayat Mohamad Abbas kemudiannya telah dihantar ke Jeti Maritim Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan dengan menggunakan aset Maritim Malaysia (APMM).

Tambah beliau, m4yat lelaki itu kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibed4h siasat.

Sementara itu, Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, siasatan awal mendapati Mohamad Abbas lemas sewaktu mengikuti kursus selaman di kawasan selaman Tokong Laut, Pulau Perhentian.

Beliau berkata, m4ngsa bersama empat rakannya juga dipercayai telah mengunjungi Pulau Perhentian tanpa kebenaran merentas negeri.

Rakan-rakan m4ngsa mendakwa mereka ke pulau peranginan terkenal itu untuk membekalkan makanan.

Tindakan lanjut penguatkuasaan terhadap kesalahan ingkar PKP terhadap mereka dan pengusaha resort akan diambil oleh pihak berkuasa, empat rakan m4ngsa juga turut dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana merentas negeri tanpa kebenaran. Al fatihah.