[Terkini] 48 jam yg memilukn,” Selepas Alisha Atoknya pula menyusul ” (5Gmbr)

Sepang : Belum habis hilang kesedih4n selepas pemergi4n cucu tersayang dua hari lalu, seorang wanita warga emas terpaksa pula meratapi kem4tian suaminya hari ini.

Jumaat lalu, Mahani Hamid, 68, bersedih atas kem4tian cucu perempuannya, NurAlisha Safiya Mohd Azlin, 7, selepas dirempvh van sekolah dinaiki di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Pagi tadi, dia menerima berita kem4tian suaminya, Saad Hashim, 70, akibat derita penyakit kenc1ng manis sejak 10 tahun lalu.

Mahani ketika dihubungi berkata, arw4h suaminya menghembuskan n4fas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi di kediamannya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Beliau berkata, kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh 48 jam adalah sesuatu yang memeritkan.

Saya akui berat untuk terima pemergian dua insan tersayang serentak. Baru semalam saya ziarah cucu, hari ini suami pula meninggalkan saya,katanya.

Katanya, dia sempat menatap wajah cucunya buat kali terakhir ketika solat jen4zah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam semalam. Al fatihah.