[Terkin] Cepat mu prgi Long,” x sangka 3 helai baju berjenama utk ayah hadiah trakhir mu ” (5Gmbr)

Sungai Besar : Bulan ini sahaja, arw4h ada belikan saya tiga baju berjenama terkemuka serta sepasang kasut,Dia tidak lokek berkongsi rezeki dengan keluarga kata Mohd Nasir Jaafar, 51, bapa kepada arw4h Mohamad Nazri Mohd Nasir, 28, yang m4ut dalam kem4langan di Kilometer 60 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Sungai Nibong, Sekinchan, semalam.

Mohamad Nazri terbvnuh dalam nahas itu selepas motosikal Yamaha LC 135 ditungganginya mel4nggar belakang lori kontena di lokasi kejadian.

Bercerita lanjut, Mohd Nasir berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham tiga hari lalu ketika mengalami demam.

Arw4h bawa saya ke sebuah klinik swasta di Sungai Besar untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Ketika itu, tiada sebarang perubahan yang ditunjuk olehnya.

Kelmarin, arw4h bawa makanan dan minuman untuk ibunya selepas pulang dari tempat kerja. Boleh dikatakan setiap hari dia buat perkara itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Nasir berkata, dia mendapat berita kem4langan membabitkan Allahyarham selepas dihubungi isteri arwah, Norul Hasniza Abdul Rahman, 34, pada 8.10 pagi.

Dia (Norul Hasniza) memaklumkan arwah terbabit kem4langan. Saya bergegas ke hospital dan sebelum tiba, saya dihubungi sekali lagi memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

Meskipun masih berduka dan terkejut dengan kejadian itu, kami sekeluarga reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT, katanya.

Bercerita lanjut mengenai arw4h, Mohd Nasir berkata, setiap hari, Mohamad Nazri berulang-alik antara Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) ke rumah di Taman Bayu, di sini, sejak enam tahun lalu.

Malah, katanya, setiap pagi anak sulung dari tiga beradik itu akan memaklumkan pergi ke tempat kerja kepada keluarganya melalui mesej WhatsApp.

Arw4h sentiasa mengambil berat serta menjaga kebajikan kami, walaupun sudah berkeluarga,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Norul Hasniza dan seorang anak perempuan, Nur Aleesya Sofea yang berusia dua tahun.

Jen4zah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Terap selepas proses bedah siasat selesai hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 5.59 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu lori kontena, lori muatan tiga tan dan motosikal Yamaha LC 135.Al fatihah.