Terima kasih Ustz, Kongsi D0A dan beri smangat utk Nisa (5gmbr)

Batu Pahat: “Syukur, emosinya kini agak stabil,” kata Noraini Halilogasar, 48, ibu kepada Khairunnisa Ibrahim, 24, balu mangsa lemas yang dihanyutkan arus deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang di sini, Sabtu lalu.

Menurut Noraini, insiden itu meninggalkan kesan yang mendalam bagi Khairunnisa apatah lagi dia melihat bagaimana suaminya, Md Rajihan Junaidi, 28, hanyut dibawa arus bersama kereta.

Hari ini isteri arwah dikunjungi Ustaz Ebit Lew ini tulisnya melalui laman sosialnya “Sayu hati bila dengar saat banjir di Johor seorang suami menyelamatkan isteri yang mengandung 6 bulan.

Suami memecahkan cermin kereta ketika kereta hanyut dibawa arus deras, Baru berkahwin 6 bulan Ujian besar buat keluarga,Terus ke Simpang kanan Batu Pahat ziarah ke rumah keluarga arwah Md Rajihan Junaidi.

Berjumpa isterinya Khairunnisa dan kedua ibubapanya, Berkongsi doa dan kata nasihat semangat,Men1nggal lemas mendapat pahala syahid, Saat akhir berusaha sedaya mungkin menyelamatkan isteri.

Berjuang berkorban Kata isterinya sentiasa teringat saat dengan suami waktu kejadian, Suami pecahkan cermin dengan kaki Bantu isteri Isteri dapat memegang pagar dawai sebelum diselamatkan.

Saya beri sedikit belanja buat isteri arwah Dan juga beri sedikit sumbangan buat ibubapa beliau,Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat Md Rajihan dan beri kekuatan buat Khairunnisa dan ibubapa arwah dan semua ahli keluarganya “.

Khairunnisa ada menceritakan kepadanya detik kejadian yang berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang apabila kereta Proton Waja dinaiki mereka dimasuki air selepas ditolak air deras ke bahu jalan.

Ketika kejadian arwah memecahkan cermin kereta untuk membawa Khairunnisa keluar dan berpaut pada tiang tetapi malangnya arwah hanyut dibawa arus bersama keretanya.

Apa yang diceritakan Khairunnisa memang mengerikan dan menyayat hati kerana membayangkan keadaan menantu yang sudah tenggelam dan Khairunnisa yang terpaksa berpaut di tiang selama hampir dua jam dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung enam bulan sebelum diselamatkan orang ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noraini berkata, arwah menantunya sempat melaungkan takbir dua kali sebelum tenggelam selepas menyelamatkan isterinya.

Katanya, kini keadaan emosi Khairunnisa agak stabil dan memerlukan keluarga terdekat sahaja untuk sentiasa memberikannya semangat.

Jenazah Md Rajihan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Nipah Darat, Parit Raja kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Terdahulu,melaporkan m4yat Md Rajihan, ditemukan sekitar jam 5.15 petang kelmarin kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya.

Noraini berkata, minggu lalu arwah menantu dan anaknya datang ke kedai makannya tetapi tingkah laku Rajihan tidak seperti biasa dan lebih banyak berdiam diri.

Selalunya bila Rajihan datang ke kedai saya dia lebih banyak berbual tetapi minggu lalu dia agak pendiam, Sebelum pulang, arwah memohon maaf dengan saya kerana sudah lama tidak balik berjumpa saya, tetapi saya memahami kerana dia sibuk bekerja mencari rezeki, katanya.

Katanya, arw4h seorang menantu yang baik dan bertanggungjawab selain disenangi keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung.

Baru-baru ini arw4h dilantik sebagai imam ketiga Masjid Jamek Kampung Parit Nipah Darat, Parit Raja.

Kehilangan arwah begitu memberi kesan pada anak saya dan keluarga namun kami sekeluarga tetap reda dan menerima apa ketentuan Ilahi, katanya.Al fatihah.