Tengok ada job rm4 masuk, lepas tu ada lagi job rm 7, Hppy Auntie ni -Ustz Ebit

Petaling Jaya : Pendakwah bebas, Ebit Lew terharu ketika menyantuni ‘mak cik’ penghantar makanan Food Panda warga emas, Christine Ti.

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Ebit memaklumkan berjumpa dengan Christine di sebuah perhentian bas.

“Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau, kuat berusaha dan suka menolong orang.

“Sayu sebak tengok auntie christine ti, chinese kl, Sampai jer tadi terus berbual dengan aunty ni di bus stop, Terus menangis terasa rapat jer,Berlinangan air mata.

Peramah auntie ini, Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau, Kuat berusaha dan suka menolong orang,Tinggal berdua dengan adiknya.

Mak baru meninggal dunia,Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine, Pandai english, Hebat tulisannya, Semenjak awal pkp hilang kerja, Mula kerja food panda guna kereta kancil lama.

Saya tolong repair kereta kancil auntie, Sudah dekat 25 tahun kancil ini, Gantikan tayar baru dan service, Beri sedikit duit belanja, Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.

Doakan auntie ni, Katanya best kerja begini, Anak muda semua baik-baik, Tiada politik kerja, Tengah kesana sini, Tengok ada job rm4 masuk, Happy auntie ni, Lepas tu ada lagi job rm7, Jarang dapat rm7. Sedihnya rasa, Kuat dan rajin.

Auntie Chirstine tinggal berdua dengan adiknya,Semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hilang kerja, Mula kerja Food Panda guna kereta kancil lama, katanya dalam hantaran tersebut.

Ustaz Ebit turut membantu membaiki kereta kancil Christine yang berusia 25 tahun selain memberikan sedikit duit belanja dan dia juga akan kerumah Auntie Chirstine untuk membantu membaiki kerosakan rumah wanita tersebut.