Tangisan Murobbi saat urus solat jenzah dperjalanan akhir muridnya Balkish!!

Rembau : Seluruh warga As Sofa khususnya Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin diselubungi kesedihan atas pemergian ke Rahmatillah salah seorang anak didik As Sofa, Allahyarhamah Nur Zalehan Balkish binti Abdul Majid.

Almarhumah merupakan salah seorang pelajar generasi pertama Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau,Negeri Sembilan, yang kemudiannya telah melanjutkan pengajian beliau ke Kolej Islam As-Sofa.

Sebagai tanda kasih dan sayang seorang Murabbi atas kesetiaan dan kesungguhan Almarhumah bersama As Sofa, jen4zah beliau telah disolatkan sendiri oleh guru dan Murabbinya, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad.

Suasana hiba dan sedih nyata begitu dirasai oleh Dato’ Syeikh Muhammad Fuad, sehingga beliau tidak dapat menahan air matanya ketika memimpin bacaan doa selepas solat jen4zah.

Itulah adat dan kebiasaan bagi guru Murabbi ini yang begitu ikhlas dalam mendidik dan menguruskan urusan anak muridnya, tidak hanya terhenti kepada urusan sepanjang hayat mereka, malah sehingga ke saat kematian pun tetap diuruskan oleh Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Jen4zah Almarhumah Nur Zalehan Balkis telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Raudhah al Sofwah di Bukit 9, Rembau, Negeri Sembilan.

Almarhumah Nur Zalehan Balkis, 27 tahun, meninggal dunia dalam satu kem4langan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Seluruh warga As Sofa mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Almarhumah Nur Zalehan Balkish, Pemergian beliau amat dirasai.Al fatihah.Credit As Sofa.