Tak sangka majlis perpisahan itu yg terakhir buat mu Cikgu Atin (6Gmbr)

Sik : Guru wanita m4ut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan tiga kenderaan termasuk milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di Jalan Jeniang-Sik-Pedu (Jalan Sungai Pau) di sini, hari ini.

Fatin Syazrina Mohd Yusof, 30, disahkan men1nggal dun1a di tempat kejadian selepas p4rah di kepala dalam kejadian pada 3 petang itu.

Baru 19 March lalu beliau diraikan oleh pihak sekolah lamanya di Semenyih Selangor sempena majlis perpindahannya ke Sekolah Tun Hussin On 2.

Tidak disangka majlis perpisahan yang berlangsung 19 March lalu merupakan kenangan terakhir bersama murid murid dan guru diSK Semenyih.

Dalam pada itu selain itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Saiful Azhar Ahmad Fadzil, 45, pula mengalami kecederaan di tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Proton Wira dipandu lelaki berusia 61 tahun dari arah Jeniang menghala ke Sik terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Kereta itu kemudiannya melanggar Honda CRV, Mitsubishi Pajero milik JBPM dan Subaru Legacy.

Pelanggaran itu menyebabkan Honda CRV dipandu guru wanita terbabit berpusing beberapa kali ke bahu jalan di sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penumpang hadapan Proton Wira itu yang berusia 60 tahun cedera di kaki.

Katanya, pemandu Proton Wira dan seorang lelaki berusia 27 tahun yang memandu Subaru Legacy tidak mengalami kecederaan.

M4yat guru berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibed4h siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian berlaku ketika anggotanya dalam perjalanan pulang ke Guar Chempedak selepas selesai menjalani latihan bot di Sik.Al fatihah.