Syed Amirul prgi jua, k0rban ke 2 lnggar kerbau melintas jln (5gmbr)

Kuantan : Seorang lagi mangsa kem4langan dengan seekor kerbau di Jalan Kampung Lamir – Kampung Ubai kelmarin, disahkan men1nggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.

Mangsa kedua dikenali sebagai Allahyarham Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman yang berasal dari Kampung Pulau Serai dekat sini dilaporkan mengalami kecederaan serius dibahagian kepala akibat kem4langan tersebut.

Dalam Kejadian yang pertama Allahyarham Muhammad Faisal Ramli dari Permatang Badak, Kuantan meninggal dunia ditempat kejadian apabila melanggar kerbau yang melintas jalan, kerbau tersebut bangun dan berjaya melepasi pembahagi jalan cuba menyeberangi jalan laluan sebelah sana ketika itu lah motosikal Syed Amirul melanggar kerbau tersebut yang menyebabkan dia parah sebelum disahkan men1nggal dunia.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melalui Jalan Kuantan -kePekan terutamnya laluan Kampung Ubai dan Kampung Lamir, kerana banyak haiwan ternakan terutamanya kerbau sering berada di atas jalan pada waktu malam.

Dalam pada itu aktivis Kerajaan digesa menggubal akta dan undang-undang bagi mendakwa pemilik yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di atas jalanraya hingga menyebabkan berlaku kem4langan m4ut.

Sudah tiba masanya mereka ini dibawa ke muka pengadilan, Mereka gagal menyediakan kandang atau tempat tinggal untuk haiwan terbabit terutamanya pada waktu malam.

Akibatnya, banyak dilihat haiwan seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya bebas berada di atas jalanr4ya.

Jika haiwan seperti harimau, gajah, babi hutan dan sebagainya, itu kita boleh kita sebagai haiwan liar dan tidak bertuah, Tapi macam kerbau, lembu dan kambing ini, ia adalah haiwan ternakan yang bertuan, Maka, bila berlaku kes kemalangan langgar haiwan terbabit, pemiliknya harus didakwa akibat cuai.

Terbaharu saya antara yang terawal berada di lokasi kemalangan ‘langgar lembu’ yang berlaku di Kampung Ubai, Jalan Kuantan Pekan kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua mangsa yang menunggang motosikal dari dua arah berbeza telah men1nggal dunia akibat terl4nggar kerbau yang melintas jalan secara tiba tiba.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga kedua dua m4ngsa terlibat. Saya faham perasaan mereka ketika ini. Sebab itu saya menggesa pemilik kerbau berkenaan tampil, sama dalam kes langgar lari, yang mana pemandu tampil membuat laporan polis di balai yang berdekatan.

Seorang mangsa Allahyarwam Muhammad Faisal Ramli meninggal di tempat kejadian, Manakala seorang lagi mangsa, Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman men1nggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.

Sudah tiba masanya akta digubal, kerana bila ada kes kematian begini siapa mahu dipersalahkan, Pemilik kerbau harus bertanggungjawab atas kehilangan dua nyawa manusia, Beliau tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

Banyak kali orang awam melihat kelibat kerbau di atas jalanraya di laluan antara Kampung Lamir dan Kampung Ubai.

Ini bermakna, pemilik kerbau terbabit memang tinggal berdekatan kawasan kemalangan, Pihak berkuasa boleh mendapatkan maklumat dari orang kampung yang berdekatan, Biasanya, mereka akan tahu siapakah penduduk yang mengusahakan ternakan kerbau, lembu, kambing dan sebagainya.

Ramai pihak bersedia membantu pihak berkuasa menjejaki pemilik kerbau terbabit jika diperlukan untuk siasatan.

Malah dalam kes haiwan berkeliaran ini, ada akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya. Bermakna keluarga mangsa juga boleh failkan tindakan undang undang terhadap pihak berkuasa yang gagal mengambil tindakan terhadap pemilik yang cuai itu sebenarnya.

Undang-undang memakai “TAG pada haiwan ternakan juga perlu dilaksanakan segera agar memudahkan urusan pihak yang berkenaan menjejaki pemiliknya untuk tindakan susulan.

Orrang ramai dinasihatkan agar berhati-hati melalui kawasan ini (jalan Kampung Lamir ke Kampung Ubai) terutamnya pada waktu malam.Al fatihah.