Syawal trakhir Haziq, ” Ceria VC keluarga 1 sywal 2 sywal dia dijmput ilahi ” (5Gmbr)

Jasin : Perginya dibulan mulia seorang insan yang sangat berbakat dalam Sukan Memanah Negara dan mewakili negara dalam Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo.

Sebak luahan ayah permergian mengejut anak tersayang, tak ada apa apa yang luar biasa, Kali terakhir kami berhubung pada raya pertama melalui panggilan video.

Demikian perkongsian detik detik akhir bersama Kamaruddin Yusof, 58, bapa kepada atlet memanah negara, Allahyarham Haziq, 27, yang men1nggal dunia secara mengejut semalam.

Mengakui masih terkejut dengan kehilangan Haziq, Kamaruddin berkata, beliau dan keluarga sudah lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

Masa buat panggilan video, dia cakap sihat dia cerita semuanya bagus, katanya yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Haziq pagi ini.

Kamaruddin berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun nanti.

Apapun saya reda, Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah,katanya menahan sebak.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau pada 1.40 pagi.

Pemanah recurve itu men1nggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi. Al fatihah.