Syafakillah Puan Jannah, Mimpi yg dtakuti terjadi pada dirinya!

Pada 1 Oktober lalu seramai 20 orang anggota yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari semua Pejabat Kesihatan Daerah telah dimobilisasikan ke Sabah bagi membantu menangani C0V1D19.

Puan Siti Siti Nurjannah Abu Bakar salah seorang dari mereka, Team mereka telah bertolak pada 30.9.2020 jam 11.50 malam dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak ke KLIA2.

Pasukan telah dibahagikan kepada 5 pasukan di mana penerbangan membawa 4 pasukan yang ditugaskan ke Daerah Tawau bertolak jam 8.00 pagi. Manakala 1 pasukan yang ditugaskan ke Daerah Lahat Datu bertolak pada 9.30 pagi.

Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas di lapangan membantu rakan-rakan di Sabah dalam usaha negara membendung penularan pandemik C0V1D19.

Bagi Puan Siti Nurjannah setelah 18 hari berada diSabah dia telah disahkan P0sitif C0V1D19 semasa bertugas disana.

Sebak luahan dalam tulisanya dilaman facebook dirinya,namun dia kuat doakan dia segera sembuh dia datang untuk membantu disini.

Meninggalkan 5 orang anak suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yangg mudah, mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok.

Ya,mmg ada mulut mulut mengatakan aku B0D0H sebab serah diri ke tempat yg sememangnya diketahui sebagai RED Z0NE,ada juga mengatakan seronok sebab akan dpt elaun yg banyak yg aku sendiri x faham mksudnya..tapi aku tak kisah..bagi aku,tujuan aku pergi semata2 kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan2 seperjuanganku yg lain.

Selain aku dpt menimba pengalaman di tempat org..ye la nak jd askar,pegang senapang aku x layak..jd ini saja la bakti aku pd negara..melawan musuh yang tak nampak di mata.

Membaca msg yg diberikan oleh cikgu pra pada aku,membuatkan aku menangis..sungguh hati seorang ibu sgt mudah tersentuh bila berkaitan anak anak.

Dan hari ini,setelah 18 hari aku di bumi Sabah..aku disahkan positif C0V1D19, Benda yg aku paling x jangka,yg aku tak pernah mimpi,yg aku takuti,terjadi jua.

Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati td selepas dpt keputusan yg paling aku tak jangka.. namun menyesal tidak sekali..aku tau perancangan Allah lebih baik.

Allah syg aku dan keluarga aku sebab tu mcm2 Allah uji aku..aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dpt jumpa semula keluarga aku..terima kasih pd keluarga, rakan,org2 atasan yg call dan wassup kata2 semangat pd aku..sungguh sangat bererti doa kalian pd aku.

Dan sesungguhnya ujian yg paling tidak tertanggung adalah RINDU😭
AKU SEORANG FRONTLINER
Doakan aku bebas dari Covid💋

Sama sama kita doakan Puan Jannah kuat dan akan segera sembuh melawan C0V1D19 dan dapat bertugas semula membantu Team diSabah.