Suri Jasmine sudah tiada, hilang sudah deritaa mu syg!

Sebak nukilan seorang ibu apabila anak tersayang pergi jua dijemput ilahi bila hampir 4bulan menderita masalah j4ntung.

Azma Bidin melalui laman facebooknya anak perempuannya disahkan mengalami masalah j4ntung June lalu ketika berusia 7bulan semenjak itu lah dia setiasa menerima rawatan di Hospital Kuala Terengganu ekoran dari sakitnya itu.

Hospital sudah menjadi tempat biasa bagi sikecil untuk menerima rawatan, hancur luluh hati Mama dan papa melihat Suri sekecil itu diduga sedemikian.

Namun suami isteri ini pasrah dan redha dengan dugaan yang amat berat buat mereka, namun mereka tidak pernah jemu berakhtiar untuk merawat penyakit yang dideritai Suri.

Sehinggalah semalam kesihatan suri semakin merosot pihak, doktor memberi tahu keluarga harus bersedia segala kemungkinan, apa yang dijangka telah berlaku Suri Jasmine menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.35 pagi tadi.

Ya Allah Suri sudah tiada Suri pergi buat selamanya tinggalkan mama pada berakhirlah sudah derita yang Suri tanggung.

Sebak warakah dan luahan sedih mama arwah adik Suri selepas permergiannya awal pagi tadi.

“Sangat-sangat putih, sangat-sangat wangi anak syurga Suri Jasmine. Urusan juga dipermudahkan, sangat cepat. Wajah adik sama seperti wajah tidur semasa hayat adik

Tak pernah kami bayangkan yang kami akan lalui secepat ini. Hanya allah saja yang tahu betapa rapuh ny remuk nya. Saat-saat akhir melepaskan puteri kesayangan kami nur suri jasmine
Nur suri jasmine terlalu lama menangung derita, sakit.

Sekarang dia tak perlu tanggung lagi sengsara didunia. Lebih bahagia bersama ya rabb. Hanya itu yang kami pegang dan semat dalam hati kami.

Adik maafkan kami jika kami tak jaga adik sebaik mungkin, maafkan kami sepanjang hayat adik ada kurang layanan dan penjagaan dari mama dan papa.

Mama halalkan semuanya sejak adik hadir dalam perut mama sehingga saat nafas terakhir adik
Tak dapat kita sambut hari lahir mama minggu depan dan hari lahir adik pada bulan depan. Kita merancang allah juga merancang.

Berlari-lari lah adik di taman syurga bersama penjaga adik. Adik tetap tersemat didalam hati kami selamanya. Puteri kesayangan kami dunia dan akhirat Nur suri jasmine dalam kenangan 16/10/2019-15/9/2020.

Semoga Puan Azma Bidin dan Suaminya Razrol Shah tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan anak syurga mereka. Al fatihah. Credit fb Azma Bidin Jrm.