Surah yassin dijln buat trsayang, ” Hasrat ziarah abg skit x ksampaian ” (5Gmbr)

Kemaman : Seorang w4nita dan tiga anaknya tr4uma selepas suaminya tiba-tiba ses4k d4da sebelum men1nggal dunia ketika sedang memandu kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza di Kilometer 325.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu, Perodua Alza yang dipandu Khairulafzaruddin Uyob, 46, turut hilang kawalan sebelum terb4bas lalu merempvh tebing bukit di kiri lebuh raya.

Isterinya, Rosmawati Jali, 38, berkata, sewaktu kejadian, mereka bersama tiga anak berusia dua hingga sembilan tahun dalam perjalanan untuk menzi4rahi abangnya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dari rumah mereka di Melaka.

Sebelum kejadian, suami saya yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi beberapa kali mengadu sakit pada bahagian d4da sewaktu sedang memandu.

Suami sempat berehat dan tidur selama setengah jam di Kawasan Rehat dan Rawat Perasing dekat sini sebelum meneruskan perjalanan,katanya ketika ditemui Kosmo! di Rumah Mayat Hospital Kemaman di sini hari ini.

Rosmawati berkata, suaminya yang merupakan Pengurus Ladang Kelapa Sawit Felcra Bukit Sedanan berkeras mahu meneruskan pemanduan walaupun dia beberapa kali menawarkan diri untuk menggantikannya.

Pembantu pengurusan murid sebuah sekolah rendah di Melaka itu berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, suaminya tiba-tiba memegang d4da lalu menarik n4fas dengan kuat beberapa kali seakan akan sesak n4fas.

Dia kemudiannya tidak sedarkan diri menyebabkan Perodua Alza dinaiki kami hilang kawalan lalu terb4bas.

Saya dan anak-anak tidak mengalami sebarang keceder4an tetapi suami saya sudah tiada, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Semoga isteri ini dan anak anak tabah dibulan mulia suami tersayang pergi buat selamanya dijemput ilahi. Al fatihah.