Sungguh mudah urusan perjalanaan akhirmu Pak Andakk!

Kepong : Permergian mengejut Pak Andak atau Idris Mat Diah mengundang kesedihan buat keluarga dan seluruh para peminat dirinya.

Ramai yang hadir ke Masjid Al Faizin Kepong untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah, bagi pihak yang mengurusakan jenazah arwah dari mandikan kafan dan solat mereka mengatakan sungguh mudah uruskan jenazah arwah.

Mengikut salah Khairi Jani seorang yang menguruskan jenazah diperjalanan terakhir arwah ” Pagi2 ni uruskan jenazah bersama Isa Bin Omar di Masjid Faizin Kepong, Sampai dimasjid barulh kami tahu jenazah ini seorang pelakon Idris mddiah.

Ramai kenalan dn waris hadir, URUSAN JENAZAH PUN SUNGGUH MUDAH. Moga Allah cucuri rahmat keatas rohnya. Aamiin.

T.Kasih KUNAN Ahli Parlimen Putrajaya atas kemudahan Van Jenazah Al Fatihah”.

Manakala anak Allahyarham yang dikenali sebagai Alia Idris berkata, bapanya didapati tidak sedarkan diri kira-kira jam 2 pagi sebelum mereka menghubungi ambulans.

Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi.

Alia turut memaklumkan dua, tiga hari ini, bapanya tidak mempunyai selera makan.

Terdahulu berita kem4tian Idris atau nama sebenarnya Mohd Idris Mohd Diah dimaklumkan menerusi ucapan takziah rakan-rakan artis dan penerbit drama buat ahli keluarga Allahyarham.

Antaranya pelakon drama bersiri Gerak Khas, Zulkifli Ismail, Kay Maria dan penerbit Raja Azmi.

Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, hari ini.

Idris pernah berlakon dalam filem Janin pada 2010 selain pelbagai drama bersiri dan telefilem popular antaranya Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Love You Mr Arrogant dan Zahir Tak Terucap.

Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Idris Mat Diah yang dikenali dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia di Putrajaya pada usia 61 tahun jam 2.30 pagi hari ini.Al fatihah.