Sudah ini ketentuan yg maha esa moga Puan Nisa tabah (4gmbr)

Kluang : M4ngsa yang hilang dihanyutkan air deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang Sabtu lalu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) petang hari ini.

M4yat Md. Rajihan Mohd. Junaidi, 28, dijumpai pada pukul 5.15 petang kira-kira 15 meter dari lokasi kereta Proton Waja yang ditemui petang semalam.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami semua😭 Terimakasih YaAllah, Tepat jam 5.15pm Kami semua jumpa Han Jo di tempat kereta beliau di jumpai semalam.

AlFatihah (baca) moga roh nya di cucuri rahmat, Moga Nisa tabah menghadapi ujianNya💪🏻😭 -Nabila Sofie

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sidek, anggota SAR melakukan operasi dengan cara menggodak kawasan itu sebelum m4yat m4ngsa timbul.

M4yat m4ngsa kemudian dinaikkan ke bot pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bed4h siasat.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Sabtu lalu ditutup kira-kira 6 petang tadi, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kawasan pencarian apabila isteri mangsa, Khairunnisa Ibrahim, 25, yang setia menunggu sejak pagi tadi, tidak dapat membendung perasaan hingga terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarganya. Al fatihah.