Sudah 2 tahun Ael prgi sukar utk kami ziaarah Ael, harap ada sinar!

Kuala Selangor : Pasangan suami isteri memohon Jabatan Agama Islam Selangor. (JAIS) meluluskan proses pemindahan kvbur anaknya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Timah, Ijok, di sini.

Ini susulan kawasan tanah perkvburan itu didakwa terbiar dan tidak terurus selain dipercayai menempatkan kvbur tidak berwaris.

Muhammad Syafiq Mohd Salleh, 29, mendakwa dia dan isteri, Nur Syazwanie Mustaffa, 29 juga sukar menziarahi kvbur anaknya kerana keadaan jalan masuk rosak, berbukit dan dipenuhi lumpur setiap kali hujan.

Malah, ibu dan ayah saya termasuk keluarga mentua teringin menziarahi kvbur cucu mereka. Malangnya, jalan masuk ke sini tidak sempurna, katanya ketika ditemui di sini.

Beliau turut meluahkan kebimbangan sekiranya tanah perkuburan itu tidak diwartakan, kawasan terbabit berkemungkinan dibangunkan dengan projek pembangunan dan pembesaran jalan pada masa akan datang.

Saya khuatir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan memandangkan tanah perkvburan ini tidak jauh dengan lokasi pembuangan sampah haram.

Saya dan isteri merayu supaa JAIS mempertimbangkan permohonan ini kerana terdapat keperluan dan kewajaran yang perlu diambil kira, katanya yang menetap di Bandar Puncak Alam, di sini.

Sebak luahan ibu ini mengenangkan arwah anak yang sudah 2 tahun pergi Mikhael meninggal dunia akibat lem4s dalam buaian di rumah babysitter.

Esok birthday mommy. Hadiah birthday Allah beri agaknya, dapat juga dtg jenguk rumah Ael. Setahun lebih dah tak dapat ke sini.😭
Akhirnya ada yg mendengar dan hulurkan bantuan.

Pagi tadi YB call mommy berkenaan isu ni. So harini mommydaddy datang pusara Ael bersama YB dan juga pihak media. In sha allah mommy akan teruskan usaha untuk anak syurga ni.

Untuk berada di kawasan tanah perkvburan yang selamat dan selesa. Ael ada waris. Ael ada keluarga, adik beradik, atok nenek yang selalu berharap nak dapat lawat pusara Ael.

Lepas ni kita cuba uruskan bersama pihak jabatan agama pula in sha allah. Doakan urusan mommydaddy dipermudahkan. Alfatihah untuk anak syurga mommy, MikhaelSufyan bin Muhammad Syafiq❤️31 May 2017- 6 April 2018

Sis share post sebelum ni tentang cerita tanah kvbur ni kot ada yg tak faham apa isunya.

Muhammad Syafiq berkata, dia tidak mengetahui lokasi sebenar tanah perkuburan terbabit memandangkan bukan penduduk asal kawasan itu.

Katanya, dia hanya mengetahui keadaan sebenar tanah perkuburan itu ketika mengiringi jen4zah anak untuk dikebumikan.

Dia turut mendakwa, perkara itu sudah diajukan kepada pengurusan Masjid At Taufiqiah, Kampung Seri Sentosa, tahun lalu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Nazir Masjid At Taufiqiah, Kampung Seri Sentosa, Mohamad Wagiman berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lengkap daripada JAIS berhubung status tanah perkvburan terbabit.

Kita masih menunggu JAIS mewartakan tanah perkuburan terbabit kerana ketika ini, kita menumpang di Tanah Perkuburan Islam Saujana Utama bagi pengebumian jenazah.

Sehingga kini, lapan jenazah dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Saujana Utama dan masih menunggu arahan seterusnya daripada JAIS dari semasa ke semasa, katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli meminta JAIS menyelesaikan perkara itu dengan kadar segera.

Kita minta penduduk membuat surat permohonan kepada JAIS bagi mengetahui status tanah perkvburan dan prosedur serta syarat mengenai permohonan pengalihan kvbur, katanya.