Spupu raayu Ustz AD brhenti brgelumang dgn F0REX ?

Kuala Lumpur : Isu Ustaz Ah mad Dusuki ulas mengenai f0rex bukan perkara baru yang ditularkan, mengikut sumber g0ogle dan y0utube ulasan ini wujud sejak tahun 2014 lagi namun semalam kisah ini tular kembali.

Bila mana sepupu beliau Ustaz Ahmad Dusuki Rani yang dikenali dengan nama Abied Mohamed memuat naik satu video dilaman facebooknya dengan caption ” Rayuan Ikhlas Buat Ustaz Dusuki Abdul Rani.. Berhentilah dari terus BERGELUMANG dengan F0REX yang Haram menimbulkan berbagai tanda tanya ?.

Dalam beberapa Vide0 di Y0utube dan facebook banyak Ustaz Dusuki ulas mengenai f0rex.

Melalui laporan akhbar Sinar Harian 16 Febuari 2021 ” Forex haram kerana ada unsur Riba ” Pelaburan tukaran mata wang asing atau f0rex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur rib4.

Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata, proses tukaran mata wang asing dalam bahasa Arab disebut bay al-sarf dan Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan berkaitan kaedah untuk menukar duit ini agar ia tidak menjadi h4ram.

Beliau berkata, mengikut panduan tersebut, jika hendak menukar mata wang berbeza, serahan mesti berlaku segera, jika tidak (ada penangguhan) dia akan pergi kepada hukum riba.

Malah katanya, melihat kepada kitab fiqh, para ulama meletakkan tukaran mata wang asing ini hampir kepada tajuk riba.

Bahkan Imam Malik juga dikatakan sangat tidak suka perkara tersebut dan kalau boleh nak haramkan orang tukar duit kecuali dia bertakwa.

Takwa dimaksudkan, seseorang itu perlu tahu hukum dan berusaha elak riba kerana riba dengan tukaran mata wang asing sangat dekat. Kenapa sangat dekat? Jika berlaku kelewatan tukaran mata wang asing maka akan berlaku riba yang merupakan dosa besar, katanya.Credit fb Abied Mohamed dan Sinar Harian.