Smalam bagi bntuan kat surau Sg Yu, ” Hari ni Pak andak Ad mninggal ” (4Gmbr)

Sungai Petani : Seorang warga emas men1nggal dunia selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Jalan Kampung Sungai Yu, Kota Kuala Muda, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, m4ngsa yang dikenali dengan nama Md Saad Derus,60, atau lebih mesra dengan panggilan Pak andak Ad disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian akibat keceder4an dalaman.

Kawan susah senang ayah dlm politik dari muda sampai tua, Klu mai umah x melawak sja sangat, Ramadhan ke 27 arw4h dijemput Ilahi dlm sebuah kem4langan jalan raya sebentar tadi, Semoga arwah pakndak ad ditempatkan dikalangan org yg beriman & beramal soleh 🤲 – Suhaliza Razak.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai dari arah Kota Kuala Muda menuju ke Pulau Sayak.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal m4ngsa.

Kedua-dua kenderaan itu serta penunggang motosikal terjunam ke dalam sawah dan pemandu kereta patah bahu kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Penunggang motosikal pula parah di bahagian dalaman badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pemandu kereta itu hanya bekerja kampung serta tidak memiliki lesen memandu. Al fatihah.