Slmt brehat ank syurgaa ” Sklip mta ayh ibuu hilng kamu” (5Gmbr)

Kuantan: Sebakk dan piluu apa yang berlaku, M4yat dua beradik yang hilang selepas terj4tuh ke dalam sungai di Kampung Rekoh, Rompin kelmarin, ditemukan pada malam tadi dan pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan ter4pung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada 8 malam tadi.

Menurutnya, m4yat adiknya pula, Putri Rama Dhania Azahra, 3, ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya oleh penduduk kampung pada 7.30 pagi hari ini.

M4yat dua beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk proses bed4h siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 11.15 pagi kelmarin, dua beradik itu dikhuatiri lem4s selepas terjerumus ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin.

Kejadian berlaku begitu pantas ketika ibu mereka yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan itu selepas mengambil Dhenis Maulida Puteri yang selesai sesi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Keratong 1.

Motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terj4tuh, dan dua m4ngsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.

Terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Isa berkata, jambatan itu sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh, dan difahamkan ibu mereka tersel4mat dalam kejadian itu apabila dia tersangkut di jaring.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh 30 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Al fatihah.