Siapa Ustz Khubaib insan bertuah ini, majlis kahwin diurus isteri pertama!

Bukan calang calang orang yang boleh dapat layanan sebegini oleh seorang isteri bilamana majlis perkahwianan nya bersama isteri no 2 diurus sepenuhnya oleh isteri pertama.

Semalam tular satu kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita, semalam.

Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernikahan suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.

Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan perkahwinan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menempuhi perkara tersebut.

” Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin utk pengantin lelaki…… Sejak mendirikan rmhtangga dgn kanda Khubaib Ramli akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je.

Hari ini… Setelah 5 tahun berlalu… Akak refresh balik skill2 lama akak… Semalam praktis sekali pakaikan sampin utk kanda… Ok…jari akak masih lembut rupanya..maklumlah mak andam..kata sang kanda haha.

Head to toe kanda hr ni special touch by MUA Syiela Rashid 🥰
N untuk majlis akan dtg… Attire kanda akak yg designkan special untuk hari tersebut…🥰🥰🥰.

Jika diikutkan latarbelakang Ustaz Khubaib Ramli dia sememangnya layak untuk beristeri dua dia punyai segalanya ilmu agama dan kerjaya, bapa kepada 8 cahayamata ini amat dikenali ramai.

Diberitakan ini majlis perkahwinan Ustaz Khubaib yang ke 3 bila mana perkahwianan yang pertamanya temui kegagalan, mengikut sumber media sosial Ustaz dikurniakan 6 cahayamata melaluai perkahwinan pertama.

Manakala dengan isterinya sekarang dikurniakan 2 cahayamata, Isterinya sekarang Puan Syiela Rashid merupakan jurusolek dan banyak terlibat dalam bidang kecantikan wanita dikhabarkan madunya kini merupakan rakan baiknya.

Besar sungguh hati cg Syiela Rashid …sungguh besar dugaan cg namun cg hadapi dengan tenang dan tersenyum…. hope cg akan sentiasa di beri kekuatan untuk mngharungi semua dugaan….follow ja tgok cg dari hari pertunangan sampai lah persandingan senyuman yg indah yg terukir d muka cg…. hebat bagi seorang wanita yg bergelar isteri…. apa pown tahniah buat cg…moga kami juga akan di kurniakan hati yg besar mcam cg.

Baru petang tadi sembang ngan cik hsbnd kisah cg mesti akan jdi viral… malam nie tgok sungguh… 😁😁😁 ..dunia akhir zaman … suka sangat membawang sedNgkan xtahu hujung pangkal itulah yg dinamakan dugaan yg akan mencerminkan diri kita … tapi cerita cg nie adalah teladan yg sgd baik buat semua individu…siapa kita yg lalu xmenjadikan kita sesiapa namun yg depan lah yg akan menjadikan kita seseorang.. ..moga cg terus tabah… yg lalui itu diri sendiri bukan orang lain – IeYna AdLina

Semalam kisah Puan Syeila dan Ustaz Khubaib tular dimedia sosial banyak ucapan tahniah serta doa tak kurang juga berbagai pendapat yang timbul, bagi admin tak perlu lah nak pertikai atau nak dedahkan perkara perkara yang dah lepas berlaku dalam keluarga ini, sama sama kita doakan yang baik baik buat Ustaz dan ister isterinya serta keluarga.