Setahun syg prgi, kekangaan PKP utk tahlil Dyah sdekah bihun sup (5gmbr)

Sabak Bernam : Hari ini, genap setahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, berikutan itu, balunya Nurhidayah Mohd Ali bersedekah mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedainya hari ini.

Kedai miliknya HidayahAbamHamzah itu terletak di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam.

Mengikut kata Hidayah, ianya bagi memenuhi niat bersedekah buat suaminya yang meninggal dunia pada 10 Februari, tahun lalu.

Saya tidak dapat buat majlis tahlil untuk arwah memandangkan kita masih dalam PKP jadi, saya tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya hari ini.

Menurut Hidayah, selain arwah suami, sedekah tersebut juga dibuat untuk arwah abang-abangnya.

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, katanya.

Nurhidayah turut mengakui, sejak ketiadaan arwah suaminya, dia terpaksa menempuhi pelbagai dugaan hidup namun bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan oleh Allah.

Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga. Juga kepada semua yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat serta mendoakan saya, anak juga arwah suami.

Semoga doa yang baik-baik juga akan berbalik kepada kalian semua,ujarnya.

Allahyarham Abam Bocey men1nggal dunia di rumahnya, tahun lepas selepas dua hari mengalami demam.

Allahyarham meninggalkan balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang kini berusia setahun tujuh bulan.Al fatihah.