Sempat solat jemaah lepas brbuka sblum hilang, ” Pngantin baru antara Kru ” (6Gmbr)

Jakarta : Ini pergorbanan demi negara tercinta mereka tinggalkan keluarga dan isteri yang baru dinikahi demi tugas,namun tidak leka untuk sama sama bersyukur atas nikmat Allah sepanjang ramadan walaupun bertugas.

Mereka berbuka bersama dilaut diatas kapal sambil bersolat jemaah selepas berbuka itulah detik terakhir Kru KRI Nanggala 402 sebelum hilang tanpa dikesan hingga saat ini.

Dalam pada itu seorang wanita yang baharu dua bulan bergelar isteri kepada kru kapal selam KRI Nanggala 402 terus berdoa agar suaminya selamat dari sebarang kem4langan.

Bagaimanapun, Mega Dian Pratiwi, 23 enggan ditemubual kerana masih lagi terkejut dan bersedih menerima berita tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 yang hilang pada Rabu, lapor Detik News.

Ibunya, Yayak Dwi Ernawati berkata, menantunya yang juga kru kapal, Serda Ede Pandu Yudha kali terakhir menghubunginya pada Isnin.

Pandu sempat telefon Dian memaklumkan akan berlayar untuk latihan ketenteraan di perairan Bali, Malah meminta doa agar pelayarannya selamat.

Mereka baharu dua bulan berkahwin, Anak saya tidak mengikut suaminya kerana bekerja sebagai jururawat di Klatak, katanya pada Jumaat.

Menurutnya, dia berharap agar kesemua kru kapal termasuk menantunya berjaya diselamatkan hari ini dan tiada sebarang masalah semasa operasi mencari dan menyel4mat (SAR) dilakukan.

Saya sangat rapat dengan Pandu dan hingga saat ini kami masih yakin Pandu akan kembali berkumpul dengan keluarga, ujarnya.

Seramai 53 kru berada di dalam kapal selam tersebut yang hilang ketika menyertai satu latihan ketenteraan di luar pantai Bali.

Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada jam 4.25 pagi Rabu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.

Ketua Staf Angkatan Laut, Yudo Margono melaporkan, bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam tersebut hanya kekal bertahan selama 72 jam iaitu sampai sabtu sahaja dan SAR perlu dikerahkan sebelum oksigen kehabisan sehingga jam 3 pagi Sabtu.

Semoga Allah melindungi mereka berkat bulan ramadan yang mulia walaupun masa semakin suntuk dengan bekalan oksigen yang akan habis.