Semoga Husnul Khatimah dn beroleh jannah, ” Permergian mu doa Ustzah Asma Harun” (5Gmbr)

Kota Tinggi : Mas4lah rumah tangga menjadi punca seorang lelaki bertindak kejam membvnuh isterinya sebelum m4yat wanita itu dilupuskan di dalam kebun kelapa sawit di Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini 1 Mac lalu.

Permergi4n tr4gis Hasliza Alias mengundang pilu Ustazah Asma’ Harun yang disifatkan seorang wanita yang sangat baik selalu ingat pasal solat, mengutamakan anak anak, dia turut menulis segala catatan Arw4h Hasliza melalui laman facebook dirinya dengan penuh kesedihan.

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali” 😭.

Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil. Wajah dan suara keibuannya sungguh menyayat hati, Hanya Allah yang tahu hakikat ujian yang dilalui arwah, beliau begitu menjaga rahsia dan aib, tidak dikongsikan di media.

SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arw4h adalah 3 live ceramah saya 😭.

Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT, Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak😥.

SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arw4h, Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142).

SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah :
1. 1 Mac 2021 – posting last arw4h tentang solat.

2. 24 Feb 2021 – Arw4h menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya.

3. 23 Feb 2021 – Arw4h share v1deo live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar.

4. 19 Feb 2021 – Arw4h share v1deo live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11.

5. 18 Feb 2021 – Arw4h share v1deo live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga.

6. 14 Feb 2021 – Arw4h share posting Saudara Firdaus Syakirin.
6. 10 Feb 2021 – Arw4h muat naik v1deo dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.

Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Abang😢” dan meminta si anak sama-sama ikut.. 😭
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu 😢.

Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat Arwah, SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.

Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya, Semoga Barzakhmu umpama Taman SyurgaNya, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu.. 🤲 😢.

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatanya”.

آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga Arw4h Hasliza Alias dalam waktu terdekat 🤲 .

Selesai menuliskan dengan air mata jam 2.30pg
Asma’ binti Harun.

Sebak kita membacanya apa yang diTulis Ustazah mengenai keperibadian Arw4h tiada satu sebab pun dia cuba menyalahkan dan meng4ibkan suaminya melalui postingnya dilaman facebooknya.

Walaupun apa yang ditulis suaminya sebalinya, hanya dia yang tahu apa yang terpedam didalam hatinya menanggung hingga akhir hay4tnya. Al fatihah. Credit Ustazah Asma’ Harun.