Semalam kami terima menantu, hari ni istri tingglkn kami (5gmbr)

Kuala Krai : Saya tahu isteri terbabit dalam kem4langan sebaik dihubungi rakan yang menunjukkan kereta milik adik ipar terjun4m dalam kebun getah, namun tidak menyangka dia men1nggal dunia.

Begitu kata Mohd Saiful Bahari Ibrahim, 50, suami kepada Rahimah Ibrahim,Yusoff, 51, antara tiga sekeluarga yang m4ut dalam kemalangan di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Kuala Geris, di sini, pada 9.30 pagi tadi.

Mohd Saiful Bahari berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian dari rumah mereka di Kampung Selow Temiang, kira-kira 10 kilometer sebelum mengetahui isterinya terkorban apabila ternampak jenzahnya di luar kenderaan.

Memang sangat terkejut dan tidak menyangka kejadian yang menimpa isteri kerana baru pagi tadi saya menemaninya bersarapan dan dia memberitahu ingin ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi penyakit j4ntungnya.

Saya hanya mampu melihat jenzah dari jauh dan dalam keadaan lemah, saya sempat mengusungnya ke dalam trak polis untuk dibawa ke hospital, katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Bezza yang dipandu adik Rahimah, Mohd Hafeez, 32, dipercayai terbabas ketika melalui selekoh sebelum masuk ke dalam kawasan kebun getah lalu mel4nggar pokok getah.

Akibat itu, Mohd Hafeez dan isterinya, Surina Mohd Othman, 36, turut men1nggal dunia akibat p4rah.

Mohd Saiful Bahari berkata, isterinya menumpang kereta Mohd Hafeez yang ingin ke Klinik Kesihatan Dabong berikutan Surina yang mengandung tiga bulan anak keempat juga mahu membuat pemeriksaan.

Menurutnya, tiada perubahan dikesan pada arw4h, sebaliknya kelihatan gembira kerana menyambut menantu baharu apabila anak kedua mereka, Mohamad Firdaus, 26, melangsungkan perkahwinan, semalam.

Memang arw4h seorang yang ceria walaupun mengalami masalah kesihatan termasuk diserang str0k pada Mac lalu.

Kegembiraannya bertambah apabila menerima menantu kedua semalam dan malam tadi pun dia kerap bergurau senda, namun tidak pula kami perasan akan perubahannya itu,katanya.

Sementara itu, sepupu Mohd Hafeez, Mohd Sukri Che Wil, 46, berkata selain isteri dan kakak m4ngsa, ibunya juga mahu mengikut mereka ke klinik.

Ketika sedang bersiap, kereta Mohd Hafeez tiba tiba terus bergerak meninggalkan ibunya tanpa memberitahu apa-apa.

Rupa rupanya sudah aj4l mereka bertiga, katanya memaklumkan Mohd Hafeez turut menghidap sawan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, jen4zah ketiga-tiga mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laloh dalam satu liang lahad. Al fatihah.