Selagi ada kudrat, tetap gigih berniaga walau kesakitan!

Kemaman : Selagi ada kudrat, tetap gigih berniaga walau kesakitan! Walaupun kudrat terasa lemah, wanita yang menghadapi penyakit kronik ini tetap bersemangat dengan melakukan pelbagai jualan dalam talian termasuk perkhidmatan penghantaran barang (COD).

Namun, Nur Su’aidah Mohd Jaafar kadang kala kecewa apabila melayan kerenah pelanggan yang tidak ‘munculkan’ diri setelah dia tiba di lokasi COD di sekitar Kemaman, Terengganu.

Menerusi luahan di Facebook, Nur Su’aidah atau lebih dikenali dengan panggilan Su memohon agar pelanggan sentiasa ‘alert’ apatah lagi sekiranya dia memandu dari jauh semata-mata ingin menghantar jualan tersebut.

selagi-ada-kudrat-tetap-gigih-berniaga-walau-kesakitan

Kalau nak batal pun bagitahu dengan jelas ye Su tak marah.. Kudrat Su tak kuat.. Kadang hati ni rapuh sangat2.. Airmata laju je mengalir.. Su jugak tak sekuat yang disangka..

Bila Su keluar pergi COD dah dekat nak sampai rumah, telefon dan WhatsApp tak ada respon hanya Allah yang tahu.. Nak2 kalau jauh sikit penat tu terus terasa bila anda buat su macam tu,” tulisnya.

Dia yang mengalami lumpuh sejak beberapa tahun lalu melakukan COD di dua lokasi semalam, namun pulang dengan hampa selepas menunggu hampir sejam.

Ada yang dah sampai depan rumah tadi cakap boleh tak batal Kak Su.. Allahuakbar terus tersedu kat hati.. Pergi dengan anak.. Mujur anak jadi penyejuk hati.. Anak la pujuk mama jangan nangis takde rezeki la tu.

selagi-ada-kudrat-tetap-gigih-berniaga-walau-kesakitan

Kalau ada yang niat nak membeli & COD tu ingat la wajah ni dan kudrat tak seperti anda yang normal.. Tenung la wajah letih ni dan ingat ye pesanan su, katanya.

Tinjauan di beberapa posting mendapati, suaminya Zulkiffle Yunus mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja termasuk memotong rumput dan mengecat rumah.

Disaat suaminya keluar berkerja memotong rumput dirinya selalu menenami suaminya menunggu dari dalam kereta, ketika dirinya tidak keluar COD barang yang telah dioder pelanggannya.

selagi-ada-kudrat-tetap-gigih-berniaga-walau-kesakitan

Seandainya tiada pendapatan sampingan oleh Nur Su’aidah hanya pendapatan suaminya yang berkerja sebagai pemotong rumput atau mengecat rumah yang akan digunakan oleh mereka untuk membeli pampers dan segala keperluan untuk rawatan dirinya.

Sebak apa yang diluahkan Nur Su’aidah menceritakan pengorbanan suaminya yang tidak pernah mengeluh apa yang mereka sekeluarga hadapi sekarang.

Itu lah yang menyebabkan Nur Su’aidah terus menguatkan semangatnya untuk meniaga apa sahaja demi menambah pendapatan keluarga.

Walaupun kadangkala dia menangis kesakitan belakang impak sakitnya dan kadang kecewa dengan krenah pelanggannya yang tiba tiba batalkan tempahan setelah dia tiba ditempat tersebut untuk COD.

Semoga Nur Su’aidah terus kuat untuk menempuhi semua ini semoga dia dan suami setiasa dimurahkan rezeki dalam menerusakan kehidupan seharian seandainya ingin membantu atau untuk mengikuti perkembagan hidup Nur Su’aidah boleh facebook dirinya Nur Su’aidah Mohd Jaafar yang mana dia akan update kehidupan dirinya disitu.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo
Wasap : Abee Sey
www.wasap.my/+601151688713