Sedekahkn yassiin buat ibuu, hasrat bwa jenzah pulang tidak ksampaian (5gmbr)

Kulim : Jen4zah Rabitah Hamed, 49, yang men1nggal dunia dalam kemalangan di Griffith, Australia, pada 8 Februari lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Griffith, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Abang iparnya, Mukhti Mat Jusoh, 58, berkata mereka sekeluarga bersyukur kerana penantian keluarga yang mahu jen4zah dikebumikan segera akhirnya tercapai, walaupun terpaksa menunggu 10 hari.

Katanya, mereka sekeluarga termasuk tiga anak arw4h berusia 14 hingga 26 tahun tetap reda dengan apa yang berlaku, walaupun tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Memang kami berharap sangat jen4zah dapat dibawa pulang ke Malaysia, namun disebabkan banyak proses yang perlu dilakukan, kami reda arwah dikebumi di Australia.

Kami minta rakan arwah di sana, membuat rakaman langsung keadaan di sana ketika pengebumian dilakukan, dapatlah juga kami melihat dari sini, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mukhti berkata, ahli keluarga sayu sepanjang rakaman berlangsung dan mendapati ramai dalam kalangan rakan arwah yang bekerja bersamanya hadir menziarahi jenazah.

Katanya, mereka turut melihat wajah arw4h yang berseri, walaupun sudah meninggal hampir dua minggu.

Kami sekeluarga akan meneruskan kenduri tahlil untuk arw4h di masjid dan surau di kawasan ini sehingga hari ke-14.

Saya juga akan menunaikan amanah arw4h untuk menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Rushaniena Izani, 26, Ridwana Ardini, 19, dan Rafiq Afif Rusman, 14, katanya.

Mukhti berkata, mereka sekeluarga turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan derma bagi menampung kos pengebumian jen4zah.

Dalam kejadian 8 Februari lalu, Rabitah m4ut selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di Griffith.

Rabitah m4ut di tempat kejadian akibat terpelanting keluar dari kereta dipandunya yang kemudian terjatuh ke dalam tali air berdekatan.Al fatihah.