Sebakkk,” Hnya 2bulan Allah pinjamkn bby Shiraz buat kami” (4Gmbr)

Kuala Lumpur : Sorang bayi lelaki berusia dua bulan dilaporkan men1nggal dunia di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Setiawangsa di sini pada Rabu.

Ibu mangsa, Nor Ariyana Md Isa, 39, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila pengasuh menelefonnya dan memaklumkan anaknya, Mohammad Shiraz Nabhan Shahril tidak sedarkan diri pada jam 3.10 petang.

Saya minta pengasuh bawa ke klinik kesihatan, sebelum saya menaiki motosikal bergegas dari tempat kerja ke klinik berkenaan.

Doktor mengesahkan anak saya sudah men1nggal dunia,katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Nor Ariyana berkata, m4yat anak bongsu daripada empat beradik itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Saya telah membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa untuk tindakan lanjut,katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu memaklumkan pengasuh berusia 50-an yang juga kenalan keluarga m4ngsa menyedari bayi berkenaan tidak sedarkan diri setelah cuba mengejutkannya yang sedang tidur untuk diberi susu.

Apabila melihat keadaan bayi yang tidak bergerak, pengasuh tersebut telah membawa m4ngsa ke Klinik Kesihatan Dato Keramat untuk bantuan lanjut.

Apabila sampai di klinik, doktor telah cuba untuk membuat bantuan pern4fasan kecemasan (CPR), tetapi m4ngsa tidak memberikan respon dan disahkan telah meninggal dunia,katanya.

Ashari berkata, siasatan di tempat kejadian dan di tubuh bayi tersebut tidak menemui sebarang tanda yang mencurigakan dan kesan keceder4an.

Ibu m4ngsa reda dengan kejadian yang menimpa bayinya, Kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut, katanya.

Ashari memaklumkan punca kem4tian masih dalam siasatan dan bedah siasat akan dibuat setelah keputusan swab C0vid diperolehi. Al fatihah.