Sebakk Maafkn kakak dik tak dpat teman mu brkayuh, tak sngka mu pergi saat itu!

Putrajaya : Adik nak sangat kayuh basikal pagi tadi (semalam). Saya beritahu dia, sabar tunggu Ahad tapi adik nak juga pergi hari ini (semalam),kata Hanum Abdul Hamid, 37, kakak kepada penunggang basikal yang men1nggal dunia selepas terbabit dalam kem4la­ngan dengan sebuah lori di Putrajaya, semalam.

Menurutnya, adiknya Hanin, 34, menyuarakan hasrat berka­yuh basikal di Putrajaya sewaktu bertemu di rumah ibu mereka di Setapak, Kuala Lumpur kelmarin malah, m4ngsa turut mengajaknya bersama-sama melakukan aktiviti itu.

Adik ada beritahu yang dia teringin dan gian nak berkayuh, siap ajak buat sejauh 50 kilome­ter (km) tetapi suami saya tidak mahu kerana malas berkayuh minggu ini.

Jadi adik ajak saya berkayuh sama namun, saya beritahu kalau tiada lelaki berteman, saya tidak mahu berkayuh, Saya marah dan minta dia bersabar tunggu Ahad pagi,katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Hanum berkata, adiknya yang juga anak keempat daripada lima beradik tidak pernah melakukan aktiviti riadah itu seorang diri dan kebiasaannya akan ditemaninya serta suami.

Dia tak pernah buat aktiviti seorang diri, Misalnya, kalau saya buat aktiviti berlari dan dia pula berkayuh basikal atau sebaliknya, kami akan buat bersama-sama.

Malah, dua minggu lepas kami buat aktiviti bersama dan dia berjaya berkayuh sehingga jarak 30 km di Putrajaya, Jadi ralat jugalah sebab tak ikut sekali berkayuh basikal hari ini, katanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Hanum berkata, dia ada memberitahu adiknya supaya membuat kayuhan di sekitar rumah memandangkan ketika ini kedua-dua anak Hanin berusia enam dan empat tahun tinggal bersama bekas suami selama dua minggu.

Kali terakhir saya berjumpa dengan adik di rumah mak antara pukul 7 malam hingga 8 malam semalam (kelmarin). Kami tak perasan bila dia pulang ke rumah kerana tiba-tiba sudah hilang.

Biasa sebelum pulang ada ‘kecoh-kecoh’ sedikit, biasalah bila jumpa adik-beradik dan bersalaman,katanya.

Sementara itu, Hanum berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa Hanin oleh abang sulung mereka selepas orang awam menghubungi ibunya yang ketika itu sedang bertemu doktor untuk pemeriksaan di hospital.

Dia menambah, jen4zah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Batu Caves.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi semalam, mangsa m4ut di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jambatan Putrajaya menuju ke Presint 8, 9 dan 10 di sini.

Semoga kedua dua anak arw4h tabah permergian mama tersayang, semasa kejadian dua anak bersama papa mereka selama dua minggu kerana saat itu turn papa mereka utuk menjaganya.Al fatihah.