Sebakk lihat wjah abg lesuu, ” Adk ddah keadaan terkini Abg diHTJ” (5Gmbr)

Seremban : Keadaan terkini Khalis selepas menerima r4watan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan sejak Rabu lalu.

Menurut adiknya yang juga penyanyi Beby Acha, Khalis atau nama sebenar Muhammad Khalis Md Shari, 32, menunjukkan perkembangan p0sitif dan sudah mampu bergurau, Dalam masa sama, Beby Acha mengakui tidak mampu menahan sebak melihat keadaan abangnya itu.

Syukur Alhamdulillah, Beby gembira tengok abang beransur pulih cuma tadi doktor cakap gula dalam d4rah dia tinggi dan garam dalam badan tak ada, tapi semua dalam pemantauan doktor dan ada sedikit perubahan positif.

Mula-mula sampai wad memang sedih tengok keadaan dia sebab hari ini dia baru dapat makan dan agak lesu sikit, tapi dalam keadaan macam tu pun dia boleh bergurau dengan Beby macam selalu.

Dia siap ajak nyanyi lagu ‘Jaga-Jaga’ depan doktor. Dia nyanyi sikit lepas tu suruh Beby sambung, Beby pun layan la nyanyi perlahan-lahan, ingat dah habis sekali dia cakap dengan doktor dan kenalkan saya adiknya.

Lepas itu dia suruh Beby nyanyi lagu ‘Anje Baby’, Ya Allah dia rasa macam kat bilik karaoke kut tapi Beby layankan juga sebab seronok tengok dia happy.

Sebelum balik tadi macam biasa Beby cium dan peluk dia tapi dia minta cium lagi, cium dahi pipi kiri kanan, dia tetap suruh cium lagi siap cakap nak cium banyak-banyak, masa tu mula sebak dalam hati.

Dia ulang cakap sayang Beby, Allah beratnya hati nak balik tadi! Dia asyik tanya B okey tak? Sakit tak, dah sihat belum sebab Beby operation sebelum ini, dia pulak yang tanya Beby padahal dia yang sakit.

Beby nak ucap terima kasih sangat-sangat pada semua yang prihatin mendoakan abang Beby yang memberikan sumbangan tak kira dari segi apa, kami sekeluarga sangat-sangat hargai, semoga abang Beby kuat semangat dan cepat sembuh, katanya menerusi muat naik di laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Beby Acha turut memuat naik rakaman video Khalis sedang terbaring di atas katil, Adik kepada vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik itu sempat meluahkan rasa rindu terhadap peminat dan memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

Pada Khamis lalu, keadaan kesihatan Khalis menimbulkan tanda tanda selepas satu akaun Facebook berkongsi foto bekas vokalis kumpulan The Real Spin itu.

Menerusi foto berkenaan kelihatan dia didukung oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam kereta dipercayai sebelum dibawa ke hospital, Wajah Khalis kelihatan pucat selain keadaan fizikal yang cengkung.

Untuk mkluman, Khalis berkahwin dengan Zalina Azman dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak berusia dari 9 hingga 20 tahun, Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dijaga sejak kecil.

Khalis yang juga abang kepada penyanyi, Tajul Ariff pernah popular dengan lagu ‘Semakin Rindu’ pada 2017. Video muzik lagu itu di YouTube sudah mencatat 10 juta tontonan.