Sebakk, Hsrat anak2 ini lihat jsd ayh ibuu tidk kesampaian sbb S0P(5gmbr)

Kuala Krai : Kami nak tengok mami dan papa untuk kali terakhir, itulah permintaan tiga beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka m4ut dalam kem4langan di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Ladang Kuala Gris di sini pada Rabu.

Ketiga tiga beradik itu Nurul Syafiqah Mohd Hafeez,10, Nurul Syaqirah, 9, dan Muhammad Hafizi Iqram, 5, dilihat menangis teresak-esak untuk menatap wajah orang tua mereka iaitu Mohd Hafeez Ibrahim Yusoff, 32, dan ibu Surina Mohd Othman, 36, ketika jen4zah tiba di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra.

Bapa saudara, Zakaria Ibrahim Yusoff, 36, berkata, bagaimanapun permintaan tiga beradik itu tidak dapat ditunaikan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Tiga beradik itu hanya mampu melihat jen4zah ibu bapa mereka diusung masuk ke unit f0rensik, katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail Petra di sini pada Rabu.

Menurutnya, ketiga-tiga beradik itu kemudian terpaksa dibawa pulang ke rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun berada di hospital.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Mohd Hafeez Ibrahim Yusoff, 32, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Dabong sementara isterinya, Surina Mohd Othman, 36, maut di lokasi akibat keceder4an p4rah.

Selain pasangan suami isteri itu kemalangan tersebut turut meragut ny4wa Rahimah Ibrahim Yusoff, 51, yang merupakan kakak kepada Mohd Hafez.

Sementara itu, Mohd Saiful Bahari Ibarhim, 50, suami kepada Rahimah berkata, dia sama sekali tidak menyangka majlis sambut menantu anak kedua mereka pada Selasa menjadi kenangan terakhir dia dan lima anak bersama Allahyarham.

Katanya, ketika kejadian dia berada di rumah Mohd Hafeez yang merupakan adik iparnya selepas majlis sambut menantu.

Hari ini (Rabu) kami bergotong-royong untuk mencuci pinggang mangkuk selepas semuanya (majlis) selesai.

Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan panggilan telefon pada jam 9.16 pagi tadi yang memaklumkan ketiga-tiga mereka men1nggal dunia dalam kemalangan, katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian ketiga-tiga mereka itu dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Dabong untuk pemeriksaan kesihatan.

Katanya, Allahyarham isterinya ke klinik untuk rawatan susulan selepas diserang penyakit angin ahm4r baru-baru ini.

Sementara biras saya (Surina) untuk menjalani pemeriksaan k4ndungannya yang berusia 12 minggu.

Disebabkan itu, Mohd Hafeez menawarkan diri membawa isteri dan kakaknya ke klinik, jika sebelum ini saya sendiri yang akan bawa arwh isteri,katanya.

Katanya, ketiga-tiga jen4zah itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lakloh di sini selepas siap bed4h siasaat dlakukan. Al fatihah.