Sebakk hanya lihat dri jauh, tak dpt lihat waajah dn solat jenzah ayaah (5gmbr)

Kuala Terengganu : Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan solat jen4zah, menatap wajah dan menguruskan jen4zah arwah bapa mentua tetapi reda kerana ini ketentuan Allah.

Sebak luahan Wan Pauzi Wan Yahya, 68, menantu kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Mohamed Salleh, 91, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 3.20 pagi ini.

Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas, 91, selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Jalan Pusara di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Terdahulu van yang membawa jen4zah Mohamed Salleh tiba di pekarangan tanah perkvburan Islam tersebut pada pukul 10.12 pagi.

Upacara pengebumian tokoh kehakiman negara tersebut dikendalikan mengikur prosedur operasi standard (SOP) oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang memakai Pakaian perlindungan diri (PPE).

Kelihatan beberapa ahli keluarga Mohamed Salleh yang kelihatan hiba selepas hanya dibenarkan menyaksikan upacara pengebumian berkenaan dari tembok tanah perkvburan Islam berkenaan.

Sebelum itu, Mohamed Salleh menghembuskan n4fas terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 3.20 pagi tadi.

Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad telah dimasukkan ke hospital berkenaan setelah disahkan positif C0V1D19.

Beliau yang berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.Al fatihah.