Sebakk, 3 bradik blum tahu ibu mereka sudah mninggal dunia!

Pasir Gudang : Saya masih tidak menceritakan kisah sebenar yang menimpa arw4h Nurulain setiap kali anak bongsu bertanyakan di mana ibunya, kata Esah Buang, 63.

Esah adalah ibu kepada Nurulain Md Rasol, 27, yang m4ut dalam kem4langan jalan raya di Kilometer 34 Lebuhraya Pasir Gudang kelmarin.

Esah berkata, setiap kali cucunya bertanyakan di mana ibunya, dia akan memberitahu ibu mereka sedang sakit dan mengambil ubat di hospital, tidak lama lagi akan balik selepas sembuh.

Allahyarham Nurulain yang merupakan ibu tunggal meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Siti Aishah Abdullah, 10, Muhammad Rayyan Rafiuddin, 8, dan Muhammad Firdaus Mikail, 3, yang kini dijaga ibu dan bapanya, Md Rasol Jali, 71.

Menurut Esah, semasa kem4langan Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Sentosa di sini selepas bertemu rakan.

Tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana sejak kecil kami sudah menjaganya, katanya.

Esah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri di rumahnya hari ini.

Menerusi lawatan tersebut, Mohd Solihan menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd iaitu syarikat konsensi yang menyelenggarakan jalan Persekutuan di seluruh Johor dan TETO Engineering Sdn Bhd yang menyelenggarakan jalan negeri.

Dalam kejadian pada jam 6.45 petang, Nurulain yang membonceng motosikal ditunggang rakannya maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Pasir Gudang.

Nurulain terj4tuh selepas motosikal diboncengnya melanggar lubang dan mengakibatkannya cedera p4rah di muka dan kepala sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Md Rasol berkata, walaupun tidak lagi bekerja tetapi mereka sekeluarga masih mampu memelihara tiga beradik itu.

Tiga beradik itu akan tinggal bersama-sama anaknya yang lain di rumah tersebut dan bekas suami Nurulain sudah berkahwin lain serta kini memiliki kehidupan sendiri. Al fatihah.