Sebab nakal buat Bella mcm ni ? ,” Dia bercakap pun malu malu inikan nak nakal ” (6Gmbr)

Kuala Lumpur : Kejadian meny4yat hati yang menimpa seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella bukan sahaja mengundang amarah netizen, bahkan turut mendapat perhatian ramai selebriti tanah air.

Rata-ratanya meluahkan kekesalan dan kesedihan atas apa yang berlaku terhadap remaja berusia 13 tahun itu yang dipercayai didera pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Bella adalah Cikgu Mohd Fadli Salleh yang merungkai apa yang menimpa adik Bella, sebak tulisnya melalui laman facebooknya.

Mummy hubungi aku cerita,”Mummy geram sangat bila baca keratan akhbar tentang dakwaan adik Bella dikatakan degil, tidak mendengar kata dan suka mengacau adik yang lain”.

Nah, tonton sendiri video ni, Inikah anak syurga yang dikatakan degil itu? Macam inikan perangai suka mengacau orang dan tidak mendengar kata? Bohong semua tu. Nota : Ini rakaman video lama. Masa adik Bella gembira dan bahagia bersama Mummy (sukarelawan Rumah Bonda yang penyayang).

Kata mummy, sukarelawan Rumah Bonda yang sempat menjaga Bella lebih kurang 4 bulan, adik Bella sangat rajin.

Rajin lipat kain, rajin mengemas rumah. Dia akan ada satu botol air yang khas untuk dia minum, Adik Bella memang kuat minum air,Sedih sangat mengenangkan adik Bella dipaksa makan cili tanpa diberi air, Sedangkan waktu biasa pun adik Bella kuat minum air.

Adik Bella ni sangat manja dan penyayang, Dia sangat sayangkan budak-budak, Sampaikan ada baby Down Syndrome umur 7 bulan masa tu kat Rumah Bonda, dia yang jaga, Jaga dengan penuh kasih sayang.

Anak Down Syndrome jaga baby Down Syndrome, Comel kan?
Adik Bella buatkan susu, tepuk-tepuk baby kasi tidur,Memang dia jaga dengan sangat elok dan sukakan anak kecil.

And one more thing, adik Bella suka make-up tau. Haaa, jangan tak percaya, Sukarelawan ada belikan adik Bella barang make up bila tahu adik Bella minat, Nanti dia suruh kakak-kakak penghuni make up kan.

Pastu suruh amik gambar, Comel kan? 😍Time solat dia sangat patuh, Maybe di RKK Seremban dah biasa rutin solat tu, Dia paling awal pakai telekung bila dengar azan.

Dakwaan dia aggresive, sukar di kawal, suka sakitkan diri, suka buat hal, itu sangat tak boleh di terima akal, Memang sesiapa yang kenal adik Bella, pernah duduk dan jaga dia akan nafikan dakwaan karut ini.

Kita yang kali pertama tengok video ni pun tahu perwatakan adik Bella macam mana kan?J4hat, J4hat sungguh mereka yang cuba sorok kes sebenar dengan memutar belitkan fakta ni.

Saya sangat-sangat berharap pihak polis ambil tindakan segera. Tahan reman suspek utama kes ini kerana masih ada anak-anak dibawah jagaan dia perlu disel4matkan, Tolonglah bertindak cepat.

Walau siapa pun yang cuba mendiamkan kes ini, walau siapa pun cuba campur tangan, saya tetap yakin dan percaya pada kedaulatan undang-undang negara kita.

Pasti pendera ini akan direman dan didakwa juga, Cuma saya sangat-sangat berharap, tangk4pan itu dipercepatkan,Keadilan untuk adik Bella mesti kita dapatkan.

Kes penderaan adik Bella perlu diperjuangkan, Saya takkan berhenti membongkar selagi pendera tidak ditangkap dan tidak dikenakan hukuman.

Terlalu tragis dan kejam apa yang mereka buat pada anak syurga ini, Seluruh rakyat Malaysia merasa kesal dan simpati dengan kejadian in, Doakan agar keadilan untuk adik Bella ya! Credit fbCikgu Mohd Fadli Salleh.