Satu lahaad utk mereka, “Hasrat Mek Wa mninggal brsama mak trcapai “(8Gmbr)

Kulim : Allahyarham Nor Aiza Hashim sempat memasak ayam goreng kicap di rumah kakaknya di Padang Serai dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, Haida Apiza, 46, kakak kepada mangsa lemas itu berkata, adiknya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Wa’ dalam kalangan ahli keluarganya tergesa-gesa mahu pulang selepas selesai memasak dan memberitahu dia ada urusan lain.

Arw4h adik selalu datang ke rumah saya di Padang Serai dan semalam dia datang serta sempat masak ayam goreng kicap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Ketika itu hanya anak saya (Siti Syuhada Mujahidun, 15) berada di rumah, manakala saya dan suami keluar bekerja.

Saya terkejut apabila menerima panggilan yang adik lemas ketika cuba menyelamatkan emak yang berada dalam kereta terjunam ke dalam tasik,katanya.

Dalam kejadian terbabit, Nor Aiza, 28, dan ibunya, Hasmah Mat Isa, 69, ditemui lemas selepas terperangkap dalam kereta Proton Persona yang terjunam dalam Tasik Lake Resort Serdang pada 6.30 petang semalam.

Menurutnya, masakan ayam goreng kicap itu menjadi hidangan terakhir yang sempat mereka makan hasil air tangan arw4h dan selepas ini pasti mereka akan merindui masakannya.

Katanya, adiknya itu adalah anak kelapan daripada 11 adik-beradik dan sangat rapat dengan emak serta bapa, Hashim Ariffin, 74.

Biasanya abah akan ikut sekali Nor Aiza dan emak menaiki kereta bersama tetapi semalam abah tidak ikut, katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kulim di sini, hari ini.

Haida Apiza berkata, pada mulanya dia dengar ada tiga atau empat orang dalam kereta itu dan saya ingatkan abah ada sekali, berderau darah saya ketika itu malah terus ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan yang berlaku.

Namun hanya adik dan ibu mereka berada dalam kereta itu dan kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku kerana ia berlaku sekelip mata, katanya.

Menurut Haida Apiza, jen4zah adik dan ibunya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut dan dijangka dibawa pulang petang ini untuk dikebumikan.

Katanya, adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Kulim itu juga pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin tapi tak dinyatakan bila tarikhnya.

Dia hanya beritahu perkara itu (kahwin) kepada anak saya tetapi dengan kami (adik-beradik) tak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Minggu depan, adik saya yang bekerja di Kuala Lumpur akan melangsungkan pernikahan dan emak paling gembira sebab nak terima menantu baru tapi bila dah jadi macam ni, kami sekeluarga kena berbincang semula, katanya.

Abang Nor Aiza, Mohd Azimat, 43, pula berkata, dua minggu lalu dia sempat pulang ke rumah ibu bapanya di Taman Orkid, Serdang sebaik rentas daerah dibenarkan.

Katanya, dia ternampak kasut terpakai yang baru dibeli Nor Aiza dan sempat menghantar gambar kasut berkenaan melalui WhatsApp kepada arw4h.

Saya bergurau padanya kasut itu cantik sambil menghantar gambar melalui WhatsApp dan dia kemudian membalas yang dia hadiahkan kasut itu kepada saya kalau saya nak.

Tak sangka itu mesej WhatsApp saya buat kali terakhir dengannya sebelum kejadian berlaku, katanya.

Menurut Mohd Azimat, sebaik mengetahui kejadian membabitkan adik dan ibunya, dia bergegas ke lokasi dan nampak pasukan bomba sedang bertungkus-lumus mencari mereka dua beranak itu walaupun ketika itu tak nampak kereta Proton Persona itu.

Katanya, Nor Aiza juga adalah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sudah lama bergiat aktif dalam pasukan beruniform itu.

Setiap tahun dia menyertai Kejohanan Menemb4k Tahunan RELA peringat negeri Kedah kerana dia minat, katanya.

Sebak tulisan Haniza Hashim adik arw4h bila mana ada rakan arw4h memberitahu yang arwah berhasrat ingin meninggal bersama mak tersayang.

Allahuakhbar, kami sekeluarga hanya mampu terdiam bila dapat taw baru2 ni arwah kakak pernah sembang dengan kawan dia kat kilang yang dia nak p sama2 dengan arwah mak, Xsangka doa2 dia termakbur😭😭.

Doa2 arwah mak pun termakbur, arwah mak nak sangat mati syahid macam arwah mak dia mati sbb jatuh telaga. Masa tu arwah mak baru 7tahun xsilap, dia lagi awal rasa sakit kehilangan orang yang dia paling cinta😌.

Arwah mak selalu jgak tanya anak2 sapa lahh yang akan p dulu antara kita2 ni, Sbb kami satu family ramai 13org termasuk arwah mak abah, Dia selalu mintak nak p dulu dari abah dan anak2. Dia xmau abah dan anak2 p dulu dari dia sbb dia xsanggup kehilangan kami dia kata Allahu😭😭.

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami semua hari ni, cantik sangat rumah baru arwah mak kakak. Kemas bersih jaa, tenang sangat tengok😇.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Ampunilah Dosa2 Arwah Emak dan Kakakku, Kau Muliakan Lah Mereka, Kau Rahmati Lah Mereka, Kau Tempatkan Lah Mereka Di Kalangan Orang2 Beriman🤲🏻🤲🏻 AMIN2, Hasmah binti Maliah dan Nuraiza binti Hasmah 21/03/2021DALAMKENANGAN ♥️♥️, Al fatihah (dibaca).