Saman akbat tidak mematuhi SOP, Adakh secawan Kopi bernilai RM1000? (5gmbr)

Seremban : Hari ini tular gambar gambar kariah Surau Matahari Height Seremban disaman gara gara gagal mematuhi SOP.

Melalui laman facebook Masjid Kariah Taman Bandar Senawang mereka memuat naik beberpa keping gambar yang mana pihak berkuasa menyaman sekumpulan yang sedang duduk minum semeja.

Tulis mereka ” Moga kita sama-sama mengambil iktibar.
Saman akibat tidak mematuhi SOP di Surau Matahari Height Seremban Maghrib malam semalam (25.01.2021).

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Sembilan (JHEAINS) bertarikh 20.01.2021, pada fasal 4.3 menyatakan bahawa : Jamuan Selepas Aktiviti Pengajian Ilmu adalah TIDAK DIBENARKAN.

Mengingkari arahan pihak Berkuasa agama, Boleh di ke akan tndakan di bawah sek 59 EJSNS 1992 PIN 2019 Seksyen 59.EJSNS Pindaan 2019.

Mengingkari arahan Pihak Berkuasa Agama.

Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, membantah atau mencela kewibawaan dan titah perintah daripada Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam.

Arahan Majlis atau fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Harap kita sama-sama bertanggungjawab menjaga SOP ya- Credit Admin MKTBS❤️