Saat akhir Chef Zam bersama bonda tersayang undang sebakk!

Kuala Lumpur : Ibu kepada selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam, Chik Minah meninggal dunia lewat malam tadi di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi akaun media sosialnya.

Sebak tulisan Chef setiap kali bersama dengan ibunya dia setiasa memberi layanan terbaik buat ” Ma” nya itu melalui gambar gambar yang dimuat naik ke Instagramnya jelas terbayang kemesraan mereka sehingga akhir hayat bonda/ibu/Ma Chef.

Syukur Alhamdulillah Allah bagi Saya peluang (rezeki) jaga ibu sendiri sejak bertahun dulu. She is the center of my universe. Bila Ma kurang sihat seperti selalu, tunggang-langgang dunia Saya.

Buat apa pun tak boleh focus. Physically & mentally draining. But Iā€™m very lucky ada anak sedara lelaki yang tak segan silu menemani & menjaga neneknya di ward siang malam.

Namun malam tadi melalui laman instagramnya Che Zam memaklumkan ibunya atau lebih mesra dengan panggilan ” Ma ” meninggal dunia lewat malam tadi.

Saya dengan rendah hati ingin mengkhabarkan bahawa Ma saya Allahyarhamah Chik binti Minah telah dijemput Illahi lewat malam tadi.

Saya mohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ma Saya. Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur & merempat kan rohnya bersama para Syuhada. Amiiiin YRA šŸ¤²šŸ’ššŸ’ššŸ’ššŸ’š

enazah sekarang berada di Surau As Salam Seksyen 4 Kota Damansara. Inshallah jenazah Ma Saya akan dimandikan pada jam 8am, disolatkan di sini & disimpan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur dan menempatkan rohnya bersama para syuhada, tulisnya yang popular dengan program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia, Aroma Selebriti dan banyak lagi.

Terdahulu Allahyarham Chik Minah yang menghidap Pneumonia sudah beberapa hari dirawat di hospital dan sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, pada hari ini. Al fatihah.