RM10,000 jka lnggar S0P brmula hari ini 11 Mac 2021 (5Gmbr)

Shah Alam : Orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa hari ini 11 Mac.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Pada Januari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Kompaun RM10,000 yang akan dikuatkuasakan 11 Mac hanya dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan penularan wabak COV1D19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika menjelaskan salah faham dan kebimbangan ramai berkata, kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi semua kesalahan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas beliau, polis hanya akan mengeluarkan kompaun berkenaan berdasarkan jenis kesalahan dan rekod terdahulu.

Tambahnya, polis hanya terlibat dalam penguatkuasaan pematuhan SOP dengan mengeluarkan kompaun dan tidak menerima bayaran kompaun.