Rinduu kpg rupanya nk prgi selmanya, sebakk istri ank iringi jnzah kekpg!

Kota Kinabalu : Gurauan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengakui rindu kampung halaman ketika membalas komen rakan di laman sosial Facebook beberapa hari lalu umpama “petanda” apabila disahkan men1nggal dun1a kelmarin dipercayai akibat s4kit j4ntung.

Allahyarham Komander Mohamad Nizam Mohamad Said, 40, adalah Pegawai Memerintah Skuadron 601 TLDM Kota Kinabalu.

Mohamad Nizam atau lebih mesra dipanggil Bear yang juga adalah juruterbang helikopter TLDM pada 1 November lalu memuat naik sekeping gambar beliau berlatarbelakangkan pemandangan sebuah gunung sebelum salah seorang rakan di media sosialnya meninggalkan komen pada gambar terbabit dengan nada gurauan.

Allahyarham membalas semula komen berkenaan dengan nada sama sambil menyatakan gambar terbabit sengaja dimuat naik bagi melepaskan kerinduan terhadap kampung halaman.

Banyak betul dia update ni, Hahaha…saja tukar angin sikit ala-ala rindu kampung gitu, katanya ringkas.

Terdahulu, Allahyarham Komander Mohamad Nizam dipercayai pengsan ketika mendengar taklimat kira-kira jam 8.35 pagi pada 3 November.

Beliau dipercayai cuba dikejutkan namun tiada sebarang tindak balas sebelum dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu (HATWKK).

Bagaimanapun, kakitangan perubatan HATWKK yang bertugas memaklumkan Mohamad Nizam sudah men1nggal dun1a sekitar jam 9.50 pagi pada hari sama.

Sementara itu, jen4zah Komander Mohamad Nizam diterbangkan ke kampung halaman di Melaka, semalam menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M pada jam 3 petang.

Turut mengiringi jen4zah adalah isteri, Nor Hashimah Abu Hashim bersama empat anak.

Dalam pada itu, turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah dan beberapa pegawai tertinggi TLDM Kota Kinabalu.

Semoga isteri arwah tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan arwah, tiada lagi suami dan papa kepada 4 sekecil ini moga mereka terus kuat untuk hari hari mendatang Al fatihah.