Rindu tak brpenghujung siyatim piatu ” gmbr raya tahun lalu pngubat rindu ” (5Gmbr)

Kajang : Dalam kejadian 6 March lalu seorang pemandu Kesihatan (PKD) Hulu Langat En Remizan dan isterinya Ustazah Suzie yang bertugas di Sek Rendah Agama Beranang disahkan men1nggal dunia bila kereta yang dinaiki mereka dirempvh sebuah van yang hilang kawalan semalam.

Dua orang anak nya cedera dalam kejadian tersebut bilamana videonya tular dilaman sosial semalam, gara gara kecuaian pemandu lain mereka sekeluarga menjadi m4ngsa.

Beberapa hari selepas itu salah seorang anak mangsa pula meninggal dunia semasa dalam rawatan tinggallah sibongsu yang kini kehilangan Papa Umi dan kakak tersayang sayu dirinya, hanya gambar raya tahun lalu pengubat rindu.

Umi tak ada d4rah, papa pun tak d4rah, “Itu luahan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Raif Adam Lutfan Remyzan yang kini telah bergelar yatim piatu selepas seluruh keluarganya m4ut dalam kemalangan di Pintasan Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang Bypass.

Tragedi pada 6 Mac 2021 kini menjadi noktah hitam dalam hidup kanak-kanak ini.

Mungkin Adam terlalu muda untuk memahami apa yang menimpa keluarganya.

Kem4langan yang membabitkan kereta dipandu arw4h bapanya Remyzan Baharudin, arwah ibunya Suzyla Ahmad Dahlan dan arwah kakaknya Raiha Syuhaida Remyzan telah meragut kebahagian Adam dalam sekelip mata.

Adam yang ketika itu juga berada dalam kenderaan terselamat dengan mengalami kecederaan di bahagian rusuk.

Adam yang ditemui AA baru-baru ini berkongsi kisah berhubung peristiwa hitam yang menimpa keluarganya.

 

Kini, Adam terpaksa menumpang kasih bersama ibu saudaranya, Azlin Baharudin dan suaminya yang sanggup mengambil anak yatim piatu ini untuk berkongsi kasih serta berteduh di bawah satu bumbung dengan mereka.

Apa yang lebih menyayat hati, Ramadan dan Syawal buat Adam pada kali ini tanpa keluarga tercinta.

Adam rindu umi, rindu papa dan kakak, Sekarang Adam duduk sendiri, umi papa kakak semua dah tiada, katanya ketika ditemui di kediaman arwah bapanya di Rinching, Kajang.

Usia semuda itu, kanak-kanak yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek itu hanya mengharapkan kunjungan pusara ibu ayah yang digelar sebagai ‘Syurga Umi’ untuk mengubat rindunya.

Bukan setakat itu, anak kecil ini turut kehilangan kakaknya yang juga rakan gurau senda, Raiha, 12, yang men1nggal dunia beberapa hari selepas kem4langan.

Laluan Kajang Bypass merupakan lokasi “p4nas” yang dikatakan kerap berlaku insiden meragut nyawa dan keluarga ini merupakan mangsa terbaharu nahas terbabit.

Apa yang diharapkan agar tiada lagi tangisan yang perlu diratapi supaya insiden seperti ini dapat dielakkan hanya dengan tindakan pantas pihak berkuasa dalam mencari jalan penyelesaian. Al fatihah.