Resah fikirkn hilang punca pndapatan, ” istri kini sdg hamiil dn bkl brsalin” (4Gmbr)

Johor Bahru : Saya mungkin tidak dapat bekerja untuk tempoh enam bulan lagi atau lebih lama, Jujurnya saya bimbang kerana bakal menyambut kelahiran anak sulung tidak lama lagi, kata penghantar makanan, Meor Samsul Helmi Rahmatullah.

Kisah Meor Samsul, 30, tular di laman sosial sejak semalam mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya simpati dengan lelaki itu kerana terbabit dengan kem4langan ketika mencari rezeki.

Lebih menyedihkan kerana Meor Samsul kemungkinan terpaksa berehat lama kerana tulang peha p4tah dan lutut k0yak akibat kem4langan di susur keluar jalan di Bandar Dato’ Onn ke Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), Ahad lalu.

Bercerita lanjut, Meor Samsul, kemalangan itu berlaku selepas dia terl4nggar sebuah kereta yang di parkir di lorong kecem4san ketika dalam perjalanan ke Stulang, Johor Bahru selepas menghantar pesanan kepada pelanggan di Bandar Dato’ Onn.

Susulan itu, Meor Samsul dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan.

Insiden itu berlaku sekelip mata kerana selepas terlanggar kereta berkenaan, saya sedar sudah terbaring di jalan raya.

Saya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan peha saya juga dimasukkan dengan besi.

Sejak Ahad lalu, isteri (Julia Natasha Jamil, 24) yang menjaga saya dan tidak tahu lagi bila akan dibenarkan pulang kerana perlu menjalani pembedahan hari ini,katanya ketika dihubungi H Metro.

Bagaimanapun, Meor Samsuln bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan selepas kisahnya dimuat naik di laman Motorsports Malaysia hingga tular di laman sosial.

Katanya, wang sumbangan diterima itu akan digunakan untuk rawatan sekiranya perlu dan perbelanjaan bayi yang bakal lahir nanti.

Saya bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa dan isteri pula suri rumah.

Jadi, saya yang menyara keluarga sepenuhnya dan ikutkan saya sedang mengumpul wang sebagai persediaan untuk isteri yang kini hamil empat dan bakal melahirkan anak kami nanti.

Namun, saya diuji pula dengan kemalangan dan buat masa ini, saya mungkin gunakan dulu wang simpanan dan sumbangan diterima untuk bertahan

Cuma, saya khuatir jika lambat pulih dan berdoa sembuh lebih cepat daripada jangkaan doktor supaya dapat kembali mencari rezeki buat keluarga , katanya. Credit HM, Meor Samsul Helmi.