Renjtaan elktrik dgaraj kreta ktika bnjir rgut nywa kakitngn baank (5gmbr)

Temerloh : Seorang kakitangan bank m4ut selepas terkena renjatan elektrik di garaj kereta hadapan rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, m4ngsa, Isyraf Muhammad, 41, disahkan men1nggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.

Innalilahiwainnalilahirojiun, Telah pulang ke rahmatullah sahabat saya, Sdr Isyraf bin Muhamad, staf Maybank Auto-Finance Temerloh, akibat terkena renjatan elektrik di rumah ibunya ketika menolong bonda beliau berkemas dalam menghadapi musibah banjir di Paya Kecil Temerloh petang tadi.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah (dgn bacaan).

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil temubual awal dengan keluarga, kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya.

Ketika kejadian m4ngsa telah memegang tiang besi hadapan rumah terbabit.

Secara tiba tiba ibunya ternampak anaknya telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa sama, ibunya terpelanting ke belakang,katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa seterusnya dibawa ke klinik untuk rawatan dan telah disahkan men1nggal dun1a oleh doktor bertugas.

M4yat m4ngsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat manakala ibunya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan dan keadaannya tidak membimbangkan.

Hasil pemeriksaan luaran tubuh si mati telah dibuat bersama petugas bahagian forensik mendapati tiada terdapat sebarang keceder4an yang boleh dikaitkan dengan unsur jen4yah, katanya.

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca arus elektrik berkenaan.

Kes terbabit diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut dan siasatan lanjut diteruskankatanya.

Semoga isteri arwah Puan Aziarani tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan arwah suaminya moga ibu mertuanya segera sembuh. Al fatihah.