Rehatlh syg, tenang wjah abg sperti tidur, saya akn jaga hero hero kita – Isteri!

Rantau: Jenazah Ustaz Ahmad Sofwatullah, 29, yang meninggal dunia pada waktu selalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sri Lalang Rantau Negeri sembilan pada pukul 9.26 malam tadi.

Beruntungnya Allahyarham kerana solat jenazah dan doa dikuburan, diimamkan sendiri oleh ayahandanya Ust Shahrin Awaludin.

Dalam pada itu isteri arwah Puan Malihah Abdul Halim meluahkan rasa pilu apa yang menimpa arwah suaminya namun dia bersyukur segala-galanya pengkebumian arwah suaminya berjalan lancar.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, sudah selesai urusan pengkebumian arwah suami saya Ahmad Sofwatullah malam tadi. Semuanya berjalan dengan sangat lancar dan sangat mudah, Cuaca pada malam tadi pon sangat baik, Terima kasih Allah mudahkan urusan kami semua.

Di sini saya nak ucapkan Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu dari awal pencarian arwah suami saya sehinggalah selesai urusan pengkebumian, Terima kasih yang tak terhingga juga kawan-kawan dan kenalan yang datang ziarah dan memberikan kata-kata semangat walaupun dari jauh.

Ada juga yang tak berapa rapat dan tidak mengenali langsung tapi masih tetap membantu dan memberikan ucapan takziah serta menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit, Saya sangat menghargainya.

Walaupun suami sudah pergi buat selamanya, Syukur Alhamdulillah dikurniakan keluarga dan keluarga mertua yang sangat-sangat baik, supportive dan penyayang.

Tanpa mereka, tidak tahulah apa akan jadi pada saya. Allah maha mengetahui, Mereka sungguh tenang menghadapi ujian kehilangan orang tersayang, menjadi contoh untuk saya kekal tenang dan kuat.

“Walaupun sudah tiada kedengaran gelak ketawa abang, nasihat, dan layanan yg baik utk saya & anak-anak, kami tetap akan sentiasa merindui dan mendoakan abang di sana.

Ramai sangat yang sayang dengan abang tapi Allah lebih menyayangi abang. Selesai sudah tanggungjawab abang di dunia ini, berehatlah abang di sana.

Sungguh tenang wajah abang malam tadi, nampak macam tengah tidur. Saya akan jaga hero-hero kita sebagaimana abang menjaga dan mendidik mereka, penuh rasa sayang dan kasih.

Terlalu banyak kebaikan abang jika nak disebutkan satu persatu. Terima kasih Allah meminjamkan seorang suami yg sangat penyayang selama 5 tahun lebih.

Sy menjadi saksi bahawa abang seorang suami yg sangat bertanggungjawab, tidak pernah mengabaikan keluarga walau sedikit pun.

Semoga diampunkan semua dosa abang , diluaskan dan diterangkan kubur dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin ya rabb.”

P/S: Jika arwah pernah berhutang dengan sesiapa, boleh PM sy direct ya ❤️

-Almarhum Ahmad Sofwatullah bin Shahrin (05071991-24/11/2020)
Dari kami yang sentiasa merindui abang selamanya 🥰🥰🥰

Semoga Puan Mailhah terus kuat demi anak anak tersayang moga roh Ustaz tenang disana bersama para syuhadak. Al-fatihah.