Rehatlh ngah dsebabkn kcuaian org lain klurga mu jadi mgsa!

Muar : Seorang wanita m4ut manakala, suami dan anaknya p4rah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kem4langan di persimpangan Parit Setongkat, Jalan Salleh di sini, jam 2.07 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata m4ngsa, Nor Aina Farahin Jai, 31, yang duduk di bahagian penumpang hadapan m4ut di tempat kejadian akibat cedera p4rah di bahagian kep4la dan anggota b4dan.

Pemandu iaitu suami mangsa, Muhammad Alliashia Othman, 37, dan anak tirinya Alif Siraj Abdullah, 3, Alif Farahin Abdullah, 7 dan Aliya Farhana Abdullah, 10, masing-masing duduk di tempat duduk penumpang belakang mengalami keceder4an p4rah di kepala.

Dalam kemalangan itu, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan dalam perjalanan menghala ke Pagoh, katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaharudin berkata, ketika di lokasi kejadian sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang datang dari arah sebelah kanan secara tiba-tiba keluar dari persimpangan Parit Setongkat menuju ke Jalan Salleh.

Susulan itu, kereta yang dipandu lelaki berusia 49 tahun mervmpuh kenderaan dinaiki mangsa sekeluarga sehingga menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Pemandu Honda Accord mengalami kecederaan retak tulang kaki dan masih tidak sedarkan diri, katanya.

Katanya, semua m4ngsa yang cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, untuk diberikan rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu keluarga arwah meluahkan rasa pilu apa yang menimpa arwah.

Kak Aina Farahin, adik masih rasa mcm mimpi, Pergi hospital utk jaga Afif, adik rasa jiwa kosong, Fikiran kosong, Kak, terima kasih utk segalanya, Kau dah jadi seorang yg sgt baik pd ramai org, Rehatlah kak. ­čśó

Terima kasih pada semua yg mendoakan. Yg byk membantu urusan pengkebumian tadi petang.

Alhamdulillah, jen4zah telah selamat dikebumikan sama┬▓ kita mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang┬▓ yg beriman.

Diampunkan segala dosanya dipermudahkan segala urusannya didunia dan diakhirat sesiapa yg mengenali arwah sangat mengetahui peribadi arw4h Alhamdulillah.

Sungguh Bukan mudah bagi kami sekeluarga, Alya Farhana masih berada di ICU dan masih belum sedarkan diri sama┬▓ lah kita doakan agar Kakak diberi kekuatan utk bangkit.

Kekuatan melawan segala kesakitan Kakak kena tahu semua orang tunggu kakak bangun dan mengharapkan kakak sedar Kami ada dengan kakak Walaupun tak dapat jenguk kakak pd jarak dekat.

Semoga Papa juga kuat utk bangkit utk kakak, alif and afif Alif, Afif. Both of you are strong boy Alif antara yg dpt tengok umi dia buat kali terakhir Walaupun berkeras dia enggan.

Berkeras dia taknak cium umi dia Walaupun kita tak dpt mengerti apa yg ada dalam hati dan fikiran Alif saat menatap sekujur tubuh umi yg dah tak bergerak Walaupun Alif kelihatan seperti seorang kanak┬▓ yg kuat yg cuba menahan perasaannya dan cuba mengerti apa yg jadi pada umi.

Airmata Alif jatuh saat bergeraknya van jenazah yg membawa Umi. Kami tahu Alif faham Kami ada dengan Alif, Afif yg masih tak mengerti. Umur 3tahun apa shj yg dia tahu. Afif, suatu hari Afif akan faham semuanya.

Mohon doakan diberikan keajaiban buat Alya Farhana, Kekuatan pada yg lain. Al fatihah. Credit Halimatul Jameiyah Othman.