Rehatlh Abg , ” Syang tuggu disini utk hantar abg ke rumah baru ” (5Gmbr)

Klang : Perginya seorang insan yang baik dijemput ilahi ketika sedang berkerja mencari rezeki, sebak luahan isteri arwah yang kini berada di Tawau Sabah.

“Dari bercinta , kahwin kita LDR , Sekarang Allah LDR tapi lain alam . Alfihah suami ku Hermang Amir, Syg tunggu di sini ya , syg hantar ke rumah baru ok ❤️” – Nrsyknah Alias.

Permergian mengejut Hermang Amir atau lebih mesra dengan panggilan Njang itu mengundang pilu keluarga dan insan insan yang mengenali arwah.

Seorang mekanik m4ut selepas dihempap sebuah bas persiaran yang sedang dibaikinya dalam kejadian di sebuah bengkel kenderaan di Pandamaran, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman, berkata m4ngsa dikenali sebagai Hermang Amir, 33, yang berasal dari Tawau Sabah disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.31 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kemal4ngan membabitkan lelaki tempatan yang tersepit di bawah bas yang sedang dibaikinya.

Bagaimanapun, m4ngsa sudah dikeluarkan oleh orang awam dan disahkan men1nggal dunia.

Kejadian dipercayai berlaku ketika m4ngsa sedang membaiki sistem hidraulik bas berkenaan, sebelum alat pengangkat beban (jack) yang digunakan turun dengan sendirinya,katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat m4ngsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, jenazah dijangka dibawa pulang untuk disemadikan di Tawau lepas selepas segala urusan selesai.Al fatihah.