Rehatlh abg, letupaan pmdam api adiik luaah rasa piluu!

Sungai Petani : Seorang peniaga warung makanan m4ut selepas alat pemadam api kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup dan terkena pada bahagian kaki, paha dan lengan kirinya di Bandar Puteri Jaya semalam.

Apa yang berlaku mengundang pilu adik kedua arwah Muhammad Irwan atas permergian abang sulungnya Yusri, dia meluahkan rasa sedih melalui laman sosialnya semalam.

” Beza umur kami hanyalah 5 tahun dan ini membuatkan kami sangat rapat antara satu sama lain.

Kami bila berjalan berdua orang sekeliling tak tahu pun kami ni dua beradik.

Hobi kami juga sama dan beliau sangat mencintai hutan.Setiap kali ada masa lapang beliau akan masuk hutan untuk berkhemah dan melakukan aktiviti rekreasi.

Kawan – kawan arwah semuanya kawan – kawan aku walaupun aku jauh lebih muda dari mereka.

Arwah pernah tersilap langkah dan pernah menjalani hukuman selama 2 tahun tapi dalam masa 2 tahun tersebut,beliau Khatam Al Quran lebih dari 10 kali dan mengajar pula Al Quran di tempat tahanan tersebut.

Tapi Allah lebih menyayangi beliau dan kini tugas sebagai anak sulong terletak dibahu aku selaku anak kedua.

Aku akan cuba menggalas amanah ini.

Rehatlah abang..Tugas abang di dunia ini dah selesai…InshaAllah Angah akan jaga anak – anak abang selagi mampu.

Kepada kawan – kawan yang mengenali arwah,aku bagi pihak arwah memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang arwah berkawan,beliau ada membuat salah dan silap atau mengguris hati semua pihak dan jika beliau ada berhutang,mohon untuk bagitahu aku dan aku akan cuba selesaikan.

Dalam kenangan
Mohamad Yusri Omar – (1977 – 2020)
Alfatihah

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, m4ngsa, Mohamad Yusri Omar, 43, sebelum itu dikatakan sedang membaiki radio milik rakannya yang turut berada bersama m4ngsa.

Bagi menambah pendapatan sampingan m4ngsa telah bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumahnya. Sebelum kejadian berlaku, saksi (rakan m4ngsa) memberitahu, sedang duduk bersembang di hadapan rumah sambil memerhati m4ngsa membaiki radio yang dihantar olehnya.

Saksi juga memberitahu pemadam api tersebut adalah untuk kegunaan di dalam kenderaan tetapi telah dikeluarkan dan berada dalam jarak tiga kaki dari tempat mereka berbual.

Secara tiba-tiba pemadam api tersebut telah mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa terus mengambil untuk membuangnya tetapi (pemadam api) terus meletup katanya dalam kenyataan di sini.

Adzli berkata, isteri m4ngsa yang berada di dalam rumah terus meluru keluar sebaik mendengar letupan itu dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah.

Katanya, isteri m4ngsa bersama dengan rakannya kemudian telah membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan ketika itu mangsa masih sedarkan diri, namun 20 minit kemudian doktor bertugas memaklumkan mangsa telah men1nggal dunia.

Adzli menambah, forensik polis yang menjalankan siasatan awal pada pemadam api berkenaan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan dan siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian m4ngsa akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pagi tadi.

Selepas itu akan dibawa pulang kekampung halaman di Kupang Baling seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kupang (Belakang Balai Polis Kupang). Al fatihah. Credit fb Muhammad Irwan