Rehatlah ijatt, ” Ketika brkerja Grab Food ajaal jmput mu dlm hujan lebat” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Apa yang berlaku sunggguh memilukan inilah yang mencabar tugas sebagai seorang penghantar makanan, walaupun hujan terpaksa juga diredah untuk sampaikan setiap oder yang telah ditempat.

Namun dalam kejadian petang semalam di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, di sini, seorang penghantar makanan Grab Food Syed Izzat Izzudin, 20, meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat.

Jen4zah m4ngsa yang berasal dari batu 9 Cheras itu diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Damai.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, yang menerima maklumat mengenai kejadian itu mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Cheras ke lokasi kejadian pada jam 4.19 petang.

Sebaik tiba di lokasi pada jam 4.28 petang, pasukan bomba diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota melaporkan seorang lelaki disahkan men1nggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang seterusnya memastikan kawasan dalam keadaan selamat,katanya.

Terdahulu tular video dan gambar m4ngsa dibawa oleh orang ramai dalam keadaan hujan lebat ke arah Petronas sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak.

Sementara itui dilokasi lain kejadian pokok tumbang adalah di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam; Kampung Padang Merbuk; Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.

Sejak jam 4.30 petang tadi sehingga jam 6 petang, pihak bomba melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang seterusnya memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ada antara pokok tumbang yang menghalang lalu-lintas sehingga menyebabkan kesesakan.

Katanya, antara Balai Bomba Penyelamat (BBP) yang terbabit dalam operasi menyelamat ini adalah BBP Cheras, BBP Wangsa Maju, BBP Pantai, BBP Seputeh, BBP Sentul, BBP Gombak Selatan, BBP Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas.

Semoga keluarga arw4h tabah Syed Izzat atau lebih mesra dengan panggilan Ijaat seorang anak yang baik dan amat disenangi ramai, sepupunya juga turut merasai permergian dirinya disaat sedang berkerja mencari rezeki. Al fatihah.