Rehatlah ayah, wajah ayah sedang tersenyum macam dalam tidur (5gmbr)

Kajang : Permergian ayah tersayang amat mengejutkan bagi Puan Noor Janatun Aliyah namun itulah hakikat yang terpaksa diterima mengikut sumber ayahnya salah seorang yang meninggal dunia akibat C0V1D19 menghembuskan nafas terakhir diHospital Sungai Buluh.

Sebak tulisan Puan Janatun Aliyah permergian ayah tersayang dilaman sosialnya.

Ayah kami Jemali bin Marsidi,60, telah dipanggil kembali ke Rahmatullah maghrib Jumaat 22.1.2021 sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

Jika ada salah silap ayah mohon dimaafkan, doakan segala dosanya terampun & segala kebaikan ayah di dunia menjadi bekalan terbaik di sana. Jika ayah berhutang pada sesiapa boleh tuntut daripada saya Janatun Aliyah.

Moga pemergiannya husnul khatimah, moga dipertemukan lagi kami sekeluarga di syurgaNya.

Urusan jenazah disempurnakan pihak hospital sepenuhnya, Solat jen4zah terus selepas selesai tayamum dan disemadikan di Tanah Perkuburan Desa Putra Sungai Merab Kajang.

Alhamdulillah selesai urusan ayah di dunia, Jazakumullahu khairan kathira semua yang mendoakan & membantu mempermudahkan urusan kami sekeluarga, Semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik balasan.

Alhamdulillah cuaca redup mengiringi perjalanan terakhir ayah. Sebelum kafan tadi pun tenang je wajah ayah sedang tersenyum macam dalam tidur, Ya Allah, kami bersyukur Kau pinjamkan ayah terbaik untuk kami.

Moga kami terus menjadi anak-anak soleh solehah yang menjadi saham terbaik ayah di sana.

Semoga Puan Janatun Aliyah dan keluarga tabah yang maha esa lebih sayangkan arwah ayahnya apa yang berlaku ada hikmahnya semoga rohnya dicucuri rahmat. Credit fb Noor Janatun Aliyah.