Rehat lah sayang, ” Hasrat beli baju raya keluarga x kesampaian ” (5Gmbr)

Sungai Petani : Sudah ketentuan yang maha esa insan bergelar suami pergi buat selamanya dijemput il4hi lagi 4 hari syawal bakal menjelma.

Sebak luahan isteri menceritakan kembali hasrat arw4h suami yang beria ria ingin membuat persiapan hari raya termasuk membeli pakaian raya buat keluarga tersayang.

Nanti kita keluar beli baju raya sama sama untuk kenangan terakhir kita, dia seseolah tahu akan pergi buat selamanya.

Demikian pesanan yang dihantar Mohd Nasir Rodzuki, 33, kepada isterinya, Nor Fatehah Othman, 29, menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dia ditemui lem4s di Sungai Kota Kuala Muda di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Mohd Nasir terj4tuh ke dalam sungai selepas dis4mbar pet1r ketika sedang memasang pukat bersama seorang rakannya kira-kira pukul 4 pagi semalam.

Menurut Nor Fatehah, dia menerima WhatsApp daripada suaminya itu ketika berada di tempat kerjanya, dua hari lalu.

Arw4h berhasrat nak bawa saya dan dua anak iaitu Jannatul Sofea, 7, dan Raahatul Aadima, 3, membeli baju raya di pekan Sungai Petani.

Namun begitu, kami belum sempat keluar bersama memandangkan masing-masing sibuk bekerja sehingga kejadian tersebut menimpa suami,katanya ketika ditemui di rumahnya Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Katanya, arw4h sebelum ini kelihatan bersemangat untuk menyambut raya dan sering bercakap tentang persediaan baju raya.

Arw4h juga sudah memakai sehelai baju kemeja raya yang dihadiahkan oleh ibunya untuk ke bazar Ramadan beberapa hari sebelum kejadian, ujarnya.

Semoga Puan Nor Fatehah tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan arw4, tiada lagi papa disisi anak anak moga rohnya tenang sana. Al fatihah.