Ramai yg hadir memberi pnghormatan dan prjalanan akhirnya (6gmbr)

Jakarta : Jen4zah Allahyarham Sheikh Ali Jaber selamat dimakamkan diPondok Pesantren Darul Quran Tangerang petang tadi.

Ramai yang hadir memberi penghormatkan terakhir buat Allahyarham Sheikh Ali Jaber walaupun kehadiran orang ramai dikawal ketat oleh pihak berkuasa dalam menghindarkan merebaknya pemdemik C0V1D19.

Pagi tadi akhbar melaporkan Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber men1nggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan, di Hospital Yarsi, di sini, pada Khamis, lapor CNN Indonesia.

Berita kem4tian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber disahkan Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagram yusufmansurnew.

Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun, Syeikh Ali Jaber meninggal di Hospital Yarsi, jam 8.30 pagi, Tolong berdoa,kata Yusuf Mansur dalam hantaran itu.

Kenyataan dari Yayasan Syeikh Ali, turut memaklumkan berita kem4tian Syekh Ali dengan melaporkan keputusan C0V1D19 adalah negatif.

Syekh Ali Jaber, 44, sebelum ini disahkan positif C0V1D19 pada 29 Disember lalu sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (1CU) keesokan harinya di hospital sama.

Kesihatan Syekh Ali Jaber bertambah baik pada 4 Januari lalu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Keadaannya semakin baik, pasukan perubatan mengatakan ada kemajuan, cukup baik dan terus menunjukkan peningkatan, kata hantaran itu.

Namun beberapa hari kemudian, tersebar di media sosial gambar menunjukkan Syekh Ali Jaber tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pern4fasan.

Beliau dilahirkan di Madinah pada 3 Februari 1976 dan mula aktif berdakwah di Indonesia pada usia 32 tahun dan beliau terus aktif menjadi guru al Quran, imam, dan pendakwah di Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok. Al fatihah.