Ramai sangat yg syang arwh, mereka dtg ziarah dan doa utk adik (5gmbr)

Jasin : Pemergian kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai dider4 oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka sememangnya memberi kesan hebat kepada masyarakat.

Meskipun selepas 24 jam jen4zah kanak-kanak itu disemadikan, pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, di sini masih menjadi tumpuan orang ramai.

Seorang peniaga, Anamira Muslim, 34, berkata dia yang kebetulan berada di kawasan sekitar untuk menghantar barangan jualannya mengambil peluang menziarahi pusara ‘anak syurg4’ itu selepas mengikuti kisah kanak-kanak itu sejak awal kejadian.

Memang daripada awal bila baca laporan media tentang kes adik ‘Amir’ ini saya amat terkesan sebab tidak boleh terima kanak-kanak seawal usia itu terpaksa menanggung derita (dider4) ini.

Lagi pula saya juga merupakan seorang ibu dan faham sangat perasan ibu angkatnya yang membela kanak-kanak itu dari bayi sampailah dia besar. Itu yang kebetulan lalu sini saya singgah, katanya dalam linangan air mata ketika ditemui di tanah perkvburan itu.

Perkara sama turut dikongsi seorang pekerja pembersihan, Mohd Hanzala Ramlan, 34, yang turut mengambil peluang menziarahi pusara kanak-kanak itu.

Saya memang ikuti perkembangan kes ini dari awal, kebetulan apabila saya singgah berhenti di surau untuk solat saya terserempak dengan keluarga angkat kanak-kanak ini dan mereka juga dalam perjalanan untuk ke pus4ra anak mereka itu sebelum pulang ke Rawang, Selangor.

Jadi saya pun terus ke kvbur dan memang sedihlah bila fikirkan apa yang jadi dekat adik Amir ini, sekarang ni kita (masyarakat) nak tahu sangat apa punca sebenar dia meninggal dunia, katanya.

Pada Isnin, jen4zah kanak-kanak itu selamat disemadikan kira-kira jam 12.40 tengah hari di Tanah Perkvburan Islam Padang Lebar, di sini berhampiran kediaman keluarga ibu kandungnya.

Jen4zah yang dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka telah di bawa ke Madrasah As Syakirin untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Astro Awani ebelum ini turut melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jen4yah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luk4 baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu selepas proses bed4h siasat dijalankan selama 11 jam pada Ahad lalu. Al fatihah.